PENGENALAN
PENGENALAN
SK Merotai Kecil merupakan sebuah sekolah kecil yang terletak 28 kilometer dari pusat bandar Tawau. Jalan utama ke sekolah ini adalah melalui Jalan Merotai – Kalabakan. Sekolah ini pada mulanya diwujudkan di dalam 2 aliran iaitu aliran Inggeris dan aliran Melayu. Bangunan sekolah bagi aliran Inggeris terletak di atas bukit dan sekolah bagi aliran Melayu terletak di bahagian bawah bukit. Sekolah ini pada mulanya diuruskan oleh Syarikat British iaitu BAL PLANTATION. Sekolah ini kemudiannya telah diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Sabah untuk diuruskan pentadbirannya selepas pembentukan Malaysia. Setakat Januari 2020, SK Merotai Kecil mempunyai seramai 17 orang guru, 221 orang murid dan 8 buah kelas.