Sekolah Kebangsaan Meranto atau nama ringkasnya SK Meranto, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Gua Musang, Kelantan.
Pada 2024, Sekolah Kebangsaan Meranto memiliki 172 orang murid yang terdiri dari 70 murid lelaki dan 90 pelajar perempuan. SK Meranto mempunyai seramai 17 orang guru.
Sekolah Kebangsaan Meranto atau nama ringkasnya SK Meranto, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di daerah Gua Musang, Kelantan.
Pada 2024, Sekolah Kebangsaan Meranto memiliki 172 orang murid yang terdiri dari 70 murid lelaki dan 90 pelajar perempuan. SK Meranto mempunyai seramai 17 orang guru.
Sekolah Kebangsaan Meranto atau nama ringkasnya SK Meranto, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat No 7 Pejabat Pos Gua Musang. Sekolah Kebangsaan Meranto telah diwujudkan semenjak tahun 1997 dan secara rasminya pada tahun 1998. Terletak di RPT Kesedar Meranto di antara Jalan Gua Musang - Jeli.
Sejarah pendidikan di kalangan pelajar Rkt Meranto ialah dengan menumpang di sekolah kebangsaan Jerek.Selepas itu pelaksanaan aktiviti pembelajaran dilaksanakan di bangunan yang juga rumah di Rkt meranto dengan menempatkan pelajar di rumah rkt.
Selepas itu pada tahun 1997 barulah pengurusan dan pentadbiran penuh serta aktiviti kelas di laksanakan di bangunan dua blok yang lebih selesa berbanding di bangunan lama. Di awal pembukaan sekolah aktiviti pembelajaran di laksanakan di atas rumah
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Meranto memiliki 100 pelajar lelaki dan 90 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 190 orang dan di uruskan oleh 12 orang guru. Sepanjang sekolah ini dibina, telah lahir beberapa orang murid yang cemerlang dan mampu memperolehi keputusan 5A di dalam peperiksaan UPSR. Walaupun mereka hanya terdiri daripada kalangan anak-anak peneroka yang hidup serba kekurangan. Murid-murid di sini bergantung sepenuhnya kepada guru-guru yang mengajar di sekolah ini.
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Sekolah SK Meranto
Sekolah Yang Kami Cinta
Mendidik Memimpin Kami Semua
Mengorak Langkah Menuju Cita
Berilmu, Beramal dan Cemerlang
Itulah Amalan Kami
Cemerlang Diri Insan Terbilang
Itulah Harapan Kami
SK Meranto
Mengorak Langkah Menuju Cita
SK Meranto
Berilmu, Beramal Dan Cemerlang