TS25 ialah singkatan kepada Transformasi Sekolah 2025.
Ia adalah satu program di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan meningkatkan kualiti sekolah secara holistik supaya dapat melahirkan murid yang berkualiti, berkemahiran abad ke-21, dan mempunyai sahsiah terpuji.
Program ini berlandaskan Lonjakan 1, 2, dan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025, yang memberi penekanan kepada:
Kualiti guru dan kepimpinan sekolah.
Pengajaran & pembelajaran berkesan (PAK21).
Pembudayaan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Jalinan kolaborasi dengan komuniti.
Meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran
Mengamalkan strategi PAK21, pembelajaran berpusatkan murid, dan penggunaan teknologi pendidikan.
Memperkukuh kepimpinan sekolah
Melatih pentadbir dan guru untuk menjadi pemimpin pembelajaran (instructional leaders) yang berkesan.
Meningkatkan penglibatan murid secara aktif
Memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan potensi diri, kreativiti, dan pemikiran kritis.
Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif
Menyediakan suasana pembelajaran yang selamat, ceria, dan merangsang minat belajar.
Mengukuhkan jalinan komuniti dan ibu bapa
Mewujudkan kolaborasi strategik antara sekolah, PIBG, agensi luar, dan masyarakat setempat.
SKMC ADALAH ts25 KO HORT 7