Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka. Atas dasar inilah, matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan, keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada bangsa, agama dan negara. Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah dan komitmen murid-muridnya. Atas dasarinilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh unit HEM sekolah untuk memastikan matlamat sekolah tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru dan murid juga mampu untuk merealisasikan wawasan sekolah ini.