PROGRAM DIGITAL SK LAHAR KEPAR
PROGRAM DIGITAL SK LAHAR KEPAR
DEWAN INTERAKTIF
KELAS INTERAKTIF
e-TASMIK
DASHBOARD SEKOLAH
Dewan interaktif menyediakan kemudahan paparan LCD yang mampu menjadi backdrop interaktif bagi setiap program sekolah. Sistem suara (Audio) yang baik menjadi tarikan minat murid. Penyediaan 3 komputer yang dibekalkan dengan talian internet menjadikan dewan SKLK tempat yang sesuai untuk apa sahaja acara.
Backdrop Program sekolah dipaparkan secara interaktif melalui LCD
Paparan LCD pentas mampu menghubungkan 3 komputer / Laptop serentak
Sistem pengendalian suara dalam dewan
Dewan SKLK disediakan dengan kemudahan komputer yang dapat digunakan untuk paparan Backdrop secara interaktif serta kegunaan lain seperti pengisian nilam, pdp dan sebagainya.
SK Lahar Kepar menyediakan kelas dengan kemudahan Smart TV. Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) menjadi lebih interaktif dengan menggunakan kemudahan Smart TV yang telah tersedia dengan pautan internet yang boleh diakses pada bila-bila masa.
Murid disediakan dengan teknik pembacaan yang lebih baik melalui pembacaan mengikut alunan Qari peringkat dunia.
Ayat-ayat tajwid berwarna memberikan kefahaman mendalam dalam pembelajaran hukum tajwid.
Proses PDP menjadi semakin menarik dan berbeza jika disulami dengan penerangan oleh Guru Cemerlang.
Perekodan bacaan iqra/quran murid menggunakan rekod secara Online iaitu "e-Tasmik". Guru Pendidikan Islam dapat mengakses rekod e-Tasmik secara terus melalui gajet masing-masing (Telefon iPhone, Android, tablet dan Laptop). Menjadikan proses tasmik murid SK Lahar Kepar bukan sekadar di dalam kelas semata-mata, bahkan di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja.
Proses perekodan tasmik boleh dilakukan dengan hanya menggunakan telefon, tablet dan laptop.
Data murid yang lebih spesifik dan disertai dengan gambar murid.
Laporan dan analisis dijana secara automatik setelah proses perekodan dilaksanakan.
e-Tasmik juga menyediakan pelbagai pautan bagi memudahkan Guru Pendidikan Islam melaksanakan perekodan bacaan iqra dan quran, termasuk iqra dan quran secara online.
Dashboard sekolah menggunakan tapak Looker Studio yang dijana oleh Google.
Dashboard sekolah menyediakan kemudahan One Page Report yang bagi semua program dan aktiviti yang dijalankan di sekolah.
Dashboard sekolah menyediakan maklumat-maklumat penting sekolah, bilangan guru, AKP dan murid.