Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh……………
Sekolah merupakan institusi masyarakat yang ditegakkan sebagai agen pembangunan untuk memainkan peranan utama dalam melaksanakan dasar dan tujuan pendidikan negara. Sekolah bertanggungjawab kepada perlaksanaan semua dasar,program dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menepati dasar pendidikan. Penentuan peningkatan kreativiti dan inovasi pendidikkan memerlukan perancangan strategik dalam usaha penambahbaikan system persekolahan dalam kurikulum dan kokurikulum.
Perancangan merupakan kebijaksanaan mengurus fakta-fakta secara rasional dan merupakan satu usaha yang teratur, disedari dan berterusan. Melalui perancangan kita dapat memilih alternatif yang paling baik untuk mencapai matlamat atau mengatasi masalah kini demi kecemerlangan masa depan. Harapan saya dengan perancangan yang begitu teliti sinar kecemerlangan akan terserlah di sekolah ini. Akhir sekali saya amat berharap agar Laman Rasmi Sk Lesong Batu ini akan digunapakai bukan sahaja sebagai cara tetapi juga sebagai penentu hala tuju untuk kejayaan sekolah. Dengan ini akan lahirlah murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan modal insan yang bertaraf dunia.
“KERJA ITU IBADAH, BEKERJA KERANA ALLAH”
Terima kasih
Azahri Bin Ahmad
Guru Besar SK Lesong Batu