SELAMAT DATANG
Selamat datang ke laman rasmi SK Lembah Keramat. Laman ini dibangunkan untuk memudahkan para pengunjung mendapatkan maklumat mengenai sekolah ini dan perkhidmatan yang disediakan. Semoga laman ini dapat memberi informasi berguna kepada warga sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. InsyaAllah.
Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang bentuk maklum balas, cadangan dan pendapat daripada pengunjung laman ini supaya kami ini dapat mengemaskini, memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan ke tahap yang paling optimum.
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
MATLAMAT
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
MOTTO SEKOLAH
BELAJAR, BERAZAM DAN BERBAKTI
PIAGAM SEKOLAH
Kami, keluarga SKLK berjanji dan berikrar dengan tekad dan iltizam yang satu, akan menumpukan sepenuh usaha dan tenaga :
1. Mendidik dan membimbing anak-anak didik kami, berasaskan kepada budaya ilmu memenuhi kehendak negara, bangsa dan agama.
2. Menentukan keluaran murid yang berkualiti, bertanggungjawab dan tahu harga diri.
3. Mengamalkan budaya bermusyawarah, sentiasa mesra dan memberi layanan yang saksama.
4. Mewujudkan staf yang berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
5. Menyediakan kemudahan fizikal yang mencukupi dan memenuhi keperluan semasa.
6. Mengurus kerja dengan cekap dan berkesan.
7. Berusaha mencapai tahap akademik dan akhlak yang gemilang dan terpuji.
MATLAMAT SEKOLAH
1. Melahirkan generasi yang berbudaya ilmu progresif, berhemah tinggi, berdisiplin, bersatu berket- rampilan serta bersemangat waja.
2. Melahirkan warganegara yang berkualiti, bercita-cita tinggi, berbakti, mengamalkan nilai-nilai kerohanian serta memelihara kesantunan.
3. Membina dan memelihara citra sekolah supaya setanding dengan sekolah-sekolah yang telah lebih mapan pencapaiannya sama ada dari segi akademik, kokurikulum dan budaya serta iklim sekolah.
4. Menjadikan sekolah di antara Sekolah Rendah terbaik di dalam Negeri Sekolah.