ABDUL RAHMAN BIN SENANG
Guru Besar
RUGAYAH BINTI ISMAIL
Penolong Kanan Pentadbiran
MUHAMMAD ZURIN BIN USOL GHAFLI
Penolong Kanan Kokurikulum
MARLINA BINTI ABD KAYUM
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
AZRINA BINTI RASTAON
Penolong Kanan Petang
Masalah masyarakat setempat
Dalam kontek pelajaran dan pembelajaran, masyarakat di kawasan ini (Laya-Laya, Tuaran) sangat susah dan rumit sekali untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana terpaksa menumpangkan anak-anak mereka kepada orang lain yang mempunyai kenderaan bagi yang kurang mampu. Mereka yang mampu pula menyewa kenderaan khas untuk menghantar anak mereka ke sekolah.
Pada masa itu, sekolah yang berhampiran dengan kawasan Laya-Laya ini hanyalah SK Tambalang, SK Bolong dan SK Pekan Tuaran yang jaraknya dari kawasan ini antara 7 hingga 14 kilometer.
Permohonan dan kelulusan
Pada tahun 1990, Ketua Anak Negeri Daerah Tuaran yang mewakili kaum Melayu pada masa itu ialah En. Idris bin Gilong merupakan penduduk yang tinggal di kawasan ini. Beliau menerima beberapa gesaan daripada penduduk supaya memohon sebuah bangunan bagi meringankan masalah penduduk yang kurang berkemampuan bagi menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah-sekolah yang dimaksudkan seperti di atas. Ketua masyarakat ini akhirnya berhubung dengan Pejabat Pendidikan Daerah untuk membincangkan permohonan penduduk.
Beliau berhasil dan permohonan ini boleh diluluskan dengan syarat, penduduk menyediakan tapak atau kawasan untuk membina sebuah sekolah baharu di kawasan ini. Encik Idris Gilong mengemukakan sebuah kawasan yang berhampiran dengan rumah beliau yang mempunyai keluasan lebih kurang 3 ekar sebagai tapak kawasan uang dimaksudkan.
Mula pembinaan
Pejabat Pendidikan bersetuju membangunkan sebuah sekolah di kawasan ini berdasarkan maklumat dan bilangan murid pada masa itu. Pada awal bulan April tahun 1990, pembinaan bangunan sekolah mula dibuat dan bangunan ini telah siap dibina pada akhir bulan Mei beserta penghantaran peralatan seperti kerusi, meja murid, meja guru dan lain-lain keperluan.
Bangunan sekolah ini mempunyai 3 bilik darjah, pejabat guru besar, pejabat am dan stor.
Suburmu di bumi merdeka
ditanah ibunda tercinta
Mendidik anak bangsa
menuju ke arah wawasan
Berilmu berbakti
berdisiplin
Hormat pada guru
patuh ibu bapa
Kami akan berusaha
membangunkan nusa dan bangsa
Kami semua berjanji
untuk mengharumkan nama mu
Di serata dunia
SK Laya-Laya tercinta