UCAPAN GURU BESAR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan taufik dan hidayahNya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah dengan gagah bagi merealisasikan visi sekolah iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”. Sebagai Pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah berusaha dan akan terus  berusaha menjalankan tugas dengan AMANAH dan penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang kuat dan padu bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah ke arah bersatu untuk “BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN” dengan tagline sekolah “COMMITTED TOWARDS EXCELLENCE”