Assalamuualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayahNya, saya diberi kesempatan untuk memberi sepatah dua kata bagi menyempurnakan Manual Pengurusan Guru bagi Sesi 2026 ini. Terlebih dahulu, ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih saya kepada jawatankuasa yang telah diberi kepercayaan yang berjaya menyempurnakan buku panduan ini dengan bimbingan dan dorongan barisan SLT. Saya juga ingin mengucapkan selamat datang ke sesi persekolahan baharu tahun 2025.
Terima kasih diucapkan kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Klang kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dan melakar kejayaan demi kejayaan kejayaan pada sesi persekolahan tahun 2025. Usaha untuk memperkasa sekolah adalah terletak di bahu kita semua. Kesanggupan kita untuk bermuafakat dan bekerja sebagai satu pasukan yang mantap (teamwork) dan kejelekit adalah kunci segala-galanya. Dalam konteks ini saya menyeru kepada seluruh warga SK Klang untuk menjadikan CPO iaitu Collaborative - Participative - Ownership sebagai satu budaya kerja demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan bersama.
Dalam era pendigitalan dan AI, menuntut kita sebagai pendidik untuk lebih peka dan menguasai teknologi dan pengetahuan yang baru sesuai dengan perkembangan semasa. Selari dengan aspirasi dan harapan ibu bapa, murid, masyarakat dan pemegang taruh, memerlukan kita banyak berkorban dalam pelbagai aspek. Kejujuran, keikhlasan, kerjasama dalam melaksanakan amanah merupakan tunjang kepada guru melaksanakan PdPc dalam suasana ceria dan gembira. Seterusnya menimbulkan keseronokan menimba ilmu di sekolah ini.
Akhir kata, semoga sesi persekolahan tahun 2026 akan seiring dengan azam, tekad bagi meningkatkan kualiti dan profesionalisme diri yang menuntut kepada perubahan bagi menjamin SKK akan dapat mencapai prestasi yang membanggakan semua bidang, sama ada akademik, kokurikulum, sahsiah diri sesuai dengan hasrat Kementerian untuk melahirkan generasi ekian. terima kasih dan selamat bertugas. Sekian, terima kasih.