SEKOLAH KEBANGSAAN KEMENTAH
JALAN LAKSAMANA, KEM KEMENTAH, 54200 KUALA LUMPUR
TEL: 03 26915044 FAK: 03 26915068
JALAN LAKSAMANA, KEM KEMENTAH, 54200 KUALA LUMPUR
TEL: 03 26915044 FAK: 03 26915068
SK KEMENTAH mula dibina pada tahun 2008 selepas berlakunya penempatan anggota ATM dalam Kompleks Perumahan Osman Jewa dan kawasan peruhahan sekitarnya. Penempatan yang berlaku ini menyebabkan permintaan tinggi yang tidak dapat ditampung oleh SK Desa Tun Hussein Onn satunya-satunya sekolah di dalam Kem Kementah pada masa itu.
SK KEMENTAH mula beroperasi pada 3 Januari 2011 dengan kekuatan 11 orang guru iaitu seorang Guru Besar, seorang PK HEM, 7 guru arus perdana, 2 guru prasekolah tanpa bahagian pengurusan pejabat. Pada hari pertama pembukaan, sekolah yang dijangka beroperasi tanpa murid telah dikejutkan dengan 83 orang murid melaporkan diri bagi tahun 1 hingga tahun 5. Sekolah dioperasikan dengan penggiliran guru sedia ada dan PT pertama melaporkan diri pada bulan Mac 2011.
KAFA SK KEMENTAH telah ditubuhkan pada tahun 2020. Secara lebih tepatnya operasi KAFA SK KEMENTAH bermula pada 3 Februari 2020. Bermula dengan 6 buah kelas dengan kekuaatan 7 anggota terdiri daripada seorang Ketua Guru dan 2 guru lantikan JAWI serta 3 guru lantikan sekolah. Permohonan dibuat melalui PIBG dibawah pimpinan Yang Dipertua PIBG Kolonel Mohammad Kamil Bin Abdul Latif dan disokong oleh Tuan Guru Besar ketika itu Encik Hilmy Bin Mat Nayan @ Othman.
Sepanjang pengoperasian sekolah sehingga kini, SK KEMENTAH telah diterajui oleh 3 orang Guru Besar.
1, Tn. Hj. Hamid Bin Masdewi (2011 - 2017)
2, En. Azman Bin Hj. Mohamad Razali (2017 - 2018)
3. En. Hilmy Bin Mat Nayan @ Othman (2019 - KINI)
4. En. Mohd Rizan Bin Hj Baba (2023 - )
Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke tahun 1 bagi kalendar akademik 2024/2025 akan dibuka bermula 1 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023.
Permohonan secara dalam talian boleh dibuat melalui Modul Pengurusan Awam Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di laman sesawang http://idme.moe.gov.my.
Kanak-kanak yang layak memohon pendaftaran ke Tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/2025 adalah kanak-kanak warganegara yang lahir pada 02 Januari 2017 hingga 01 Januari 2018 sahaja.
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan murid ke Prasekolah KPM bagi Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2024/2025 akan dibuka bermula 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023.
Permohonan secara dalam talian boleh dibuat melalui https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 1 Mac 2023 hingga 30 April 2023 manakala permohonan secara manual boleh dibuat mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023. Penghantaran dokumen yang disahkan serta maklumat permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke sekolah di mohon selewat-lewatnya pada 31 Mei 2023.
Untuk makluman, kanak-kanak yang layak memohon bagi kemasukan ke Prasekolah KPM bagi Kalendar Akademik sesi 2024/2025 adalah kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020 sahaja. Surat makluman ini terpakai untuk kemasukan murid ke Prasekolah KPM bagi Kalendar Akademik Sesi Sesi 2024/2025 sahaja.
Cadangan Hari Orientasi Tahun 1 bagi Sesi Akademik 2023/2024 telah dijadualkan seperti ketetapan berikut:
Tarikh / Hari : 20 Februari 2023 / Isnin
Masa : jam 0900
Lokasi : Dewan Haji Hamid Bin Masdewi, SK KEMENTAH
Sila KLIK nama kelas di sebelah untuk semak senarai nama .
Cadangan Hari Orientasi Tahun 1 bagi Sesi Akademik 2023/2024 telah dijadualkan seperti ketetapan berikut:
Tarikh / Hari : 18 Mac 2023 / Sabtu
Masa : jam 0830 - jam 1300
Lokasi : Dewan Haji Hamid Bin Masdewi, SK KEMENTAH
Sila KLIK nama kelas di sebelah untuk semak senarai nama .
Selamat Kembali Ke Sekolah. Sebelum Hadir Ke Sekolah Pastikan Dalam Keadaan Sihat. Elakkan Hadir Ke Sekolah Sekiranya Mempunyai Gejala Seperti Batuk, Demam, Sakit Tekak. Jalankan ujian calitan kendiri bagi memastikan tahap kesihatan. Kerjasama semua sangat dihargai.
PN. NORSABRINA BINTI SABRAN
CIK EMY SHARMIMI NADIA BINTI CHE ZAMRI
PN. NOR SYAMSURIANI BINTI FAUZI
KLIK UNTUK SURAT MAKLUMAN
Selamat bercuti kepada semua warga SKK. Manfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah. Jaga Keselamatan. Jaga Kesihatan. Jaga Kebersihan.
Tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2020.
En. Hilmy B Mat Nayan @ Othman
Pn. Hjh. Rosni Bt Abd Rani
Pn. Nor Aqilah Bt Haji Mat Noor
Pn. Nabilah Bt Mansor
Pn. Nursyakirah Bt Razalli
Pn. Najah Binti Abu Bakar
Mudah-mudahan penganugerahan ini akan menjadi pemangkin kepada diri untuk terus ikhlas berdakwah dalam pendidikan dengan kreativiti sendiri.
Semoga rakan guru lain menjadikan penerima anugerah pada tahun ini sebagai pendorong dan pembakar semangat bagi memperolehinya pada masa hadapan.
Pertandingan Matematik secara atas talian. Guru Penyelaras Pn. Hjh. Siti Zuraidah Binti Mohd. Zam Zam
Padlet & My Link oleh Pn. Hjh. Ika Liana Khalid
Jamboard oleh Pn. Hjh. Siti Zuraidah Binti Mohd Zam Zam
Rezeki dikongsi bersama sumbangan keluarga besar SKK kepada Komuniti SK KEMENTAH.
#hbo75
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua warga guru SKK yang berjaya melalui sesi PdPr dengan jayanya selama 25 hari yang sangat mencabar.
Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ibubapa yang bertungkus lumus membantu anak anak bagi melancarkan proses PdPr yang dirancang.
Selamat Kembali Ke Sekolah. Sebelum Hadir Ke Sekolah Pastikan Dalam Keadaan Sihat. Elakkan Hadir Ke Sekolah Sekiranya Mempunyai Gejala Seperti Batuk, Demam, Sakit Tekak. Jalankan ujian calitan kendiri bagi memastikan tahap kesihatan. Kerjasama semua sangat dihargai.