BBA 1010
BBA 1010
SELAMAT DATANG KE DASHBOARD PENGURUSAN SK KEBUN BAHARU
MENU UTAMA
PIAGAM PELANGGAN
Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu komited dan berjanji akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pelanggan kami
MURID
Semua murid akan mendapat layanan yang adil dan saksama.
Semua murid akan melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti sepanjang masa..
Latihan dan tugasan akan disemak dan dikembalikan dalam tempoh 3 hari selepas latihan diserahkan
Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid bagi melahirkan generasi beradab sopan, berdisiplin dan berhemah tinggi
Mewujudkan iklim dan persekitaran pembelajaran yang bermakna , harmoni, ceria dan kondusif
GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH
Semua guru dan kakitangan sekolah mendapat layanan secara adil dan saksama
Menawarkan kemudahan dan suasana kerja yang mesra, harmoni dan selesa
Rekod Mengajar akan disemak oleh pentadbir pada setiap minggu akademik.
WARIS ( IBU BAPA/PENJAGA ) DAN TETAMU
Sentiasa memberikan kerjasama dan layanan adil dan mesra kepada ibu bapa dan tetamu
Setiap aduan akan diberi maklum balas dalam tempoh 1 minggu daripada aduan diterima
Laporan ujian dan pentaksiran murid akan diserahkan setiap kali sebelum penggal persekolahan berakhir
NILAI