ORIENTASI TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH
ORIENTASI TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH
Pada 13 Februari 2025, Sekolah Kebangsaan Kampung Baru telah mengadakan Majlis Orientasi bagi murid Tahun Satu dan Prasekolah. Seramai 9 orang murid Tahun Satu dan 18 orang murid Prasekolah telah melaporkan diri pada majlis yang bermula pada pukul 8.00 pagi.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar, Encik Mohd Nazri bin Mohd Yaacob. Suasana majlis dipenuhi dengan pelbagai emosi, di mana terdapat murid yang menangis kerana berpisah dengan ibu bapa, manakala yang lain berasa teruja untuk memulakan sesi persekolahan.
Pelbagai aktiviti pengenalan telah dijalankan bagi membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Majlis berjalan lancar dan bersurai pada pukul 11.00 pagi.
SK Kampung Baru mengucapkan selamat datang dan selamat menempuh alam persekolahan kepada semua murid baharu!
Pihak sekolah dengan jayanya telah melaksanakan Program Minggu Pertama Persekolahan tanpa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc). Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi memastikan murid dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah yang baharu.
Berdasarkan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), enam konsep utama telah diterapkan sepanjang program ini:
✅ Suasana Ceria, Selamat & Bermakna
✅ Nilai Pendidikan & Berinformatif
✅ Pendekatan Pembelajaran yang Memupuk Nilai
✅ Pelibatan Murid, Guru, Ibu Bapa & Komuniti
✅ Kerjasama & Komunikasi Berkesan
✅ Memupuk Perpaduan
Pelaksanaan aktiviti ini telah membantu murid lebih yakin, bersemangat dan membina hubungan positif sesama rakan serta guru. Semoga program ini memberi pengalaman bermakna kepada semua murid dalam memulakan sesi persekolahan dengan penuh keceriaan!