MATLAMAT
1. Pengurusan Kurikulum yang cekap dan menyumbang ke arah kecemerlangan sekolah, guru dan murid.
2. Melahirkan murid cemerlang akademik yang beradab dan berhemah tinggi.
OBJEKTIF
1. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang:
a. Berilmu pengetahuan
b. Berakhlak mulia
c. Bertanggungjawab
d. Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
e. Memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
f. Menguasai aspek 4M dengan sepenuhnya
2. Merealisasikan matlamat Kurikulum Kebangsaan iaitu:
a. Untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, patriotik, serta mempunyai Kemahiran berfikir, berkomunikasi dan kerja berpasukan.
3. Membentuk pasukan kerja yang mempunyai tugas yang sistematik dan berkesan.
4. Mempertingkatkan prestasi akademik bagi semua mata pelajaran sehingga akhir tahun kepada 90%.
5. Meningkatkan kualiti pelaksanaan dan pencapaian PBD/UASA/SEGAK/BMI untuk setiap tahun.
6. Bekerjasama dengan ibu bapa dan penjaga murid, komuniti setempat, sektor awam dan swasta untuk tujuan kecemerlangan sekolah dan murid.