LOGO SEKOLAH KEBANGSAAN JAMBONGAN K9, BELURAN
NAMA : SEKOLAH KEBANGSAAN JAMBONGAN K9
KOD : XBA2106
ALAMAT : SK JAMBONGAN K9, PETI SURAT 27, 90106, BELURAN, SABAH
EMAIL :
PENTADBIR & GURU : 27 ORANG
ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) : 7 ORANG
MURID PRA : 13 ORANG
MURID SK : 107 ORANG
MURID K9: 102 ORANG
Sek Kebangsaan Jambongan telah ditubuhkan pada tahun 1966. Pada peringkat awal penubuhannya cuma sebuah bangunan papan dan sebuah rumah guru sahaja iaitu untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pembinaan bangunan sekolah ini telah diusahakan oleh seorang kontraktor iaitu En Amir Ali yang berasal dari Kg Bukara, Sandakan dan dengan kerjasama masyarakat kampung kawasan sekolah ini telah dibersihkan serta disusun atur.
Sekolah ini kemudian telah dibuka secara rasmi pada 1 September 1967 dengan kehadiran seorang Guru Besar iaitu En Willie Bin Balad yang berasal dari daerah Tuaran. Dengan muafakat antara pihak Pejabat Pelajaran Daerah pada ketika itu dengan pihak sekolah, maka sekolah ini secara rasminya diberi nama sebagai Sekolah Kebangsaan Jambongan.
VISI
MENJADIKAN SK JAMBONGAN SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN ILMU
MISI
MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PELBAGAI ASPEK PENDIDIKAN DENGAN MEMFOKUSKAN KECEMERLANGAN BIDANG KURIKULUM DAN KOKURIKULUM, KEROHANIAN, KESUSILAAN, KARISMATIK,PENGURUSAN, KOMUNIKASI SEJAGAT SERTA KEINDAHAN DAN KECERIAAN
LAGU NEGARAKU
https://youtu.be/Kpi8lB4srDU?si=lw-svY4sbSQQs2Ck
LAGU SABAH TANAH AIRKU
https://youtu.be/8c5FOLtpAgM?si=4LjYCzG9B-O7XoOo
LAGU SEKOLAH
Sk Jambongan nama sekolah kami
tempat kami menimba ilmu
guru-gurunya penuh dedikasi
menaburkan jasa dan bakti
Ilmu dipelajari
bekalan di masa depan
dengan tekad dan semangat berani
tabah menghadapi cabaran
Itulah sekolah kebanggaan kami
melahirkan murid berguna
bagaikan dian yang terus bersinar
menerangi kegelapan