Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 16 pada ketika itu hanya mempunyai satu bangunan batu dua tingkat mengandungi enam bilik darjah dan sebuah kantin telah dibuka pada hari Isnin 3hb Januari 1978. Guru Besar pertama ialah Mohd Daud bin Syam. Beliau dibantu oleh lima orang guru penolong. Jumlah murid pada mula sekolah ini dibuka ialah seramai 398 orang terdiri dari anak-anak peneroka Jengka 16 yang sebelumnya bersekolah di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 15, kira- kira 3 kilometer dari sini. Bilangan bilik darjah pada ketika ini ialah enam bilik. Dengan terbukanya sekolah ini, 3hb Januari 1978 merupakan satu tarikh yang tidak mudah dilupakan oleh peneroka Jengka 16 ini dengan bermulalah sejarah pendidikan di tanah rancangan ini.
Masa berlalu dengan pantas, kalau dulu ketika mula dibuka, sekolah hanya mempunyai enam bilik darjah kini mempunyai tambahan tujuh bilik darjah dalam tahun 1993. Dengan inisiatif pihak PIBG sekolah maka dibangunkan sebuah bangunan satu tingkat yang mengandungi tiga lagi bilik darjah untuk menampung bilangan murid yang kian bertambah.
Bagi menampung murid yang kian bertambah pihak Kementerian Pelajaran melalui 'Projek Gotong-Royong' telah mendirikan sebuah bangunan setingkat mengandungi empat bilik darjah. Dengan pertambahan empat bilik darjah baru sekolah mengadakan satu sesi sahaja iaitu sebelah pagi.
Pada tahun 2001, SKJ16 telah memperolehi 3 anugerah iaitu tempat pertama peningkatan peratus cemerlang semua mata pelaaran UPSR, tempat kedua peningkatan peratus lulus semua mata pelajaran UPSR, dan tempat ketiga peratus cemerlang semua mata pelajaran UPSR peringkat daerah Maran.
Sebuah makmal komputer telah siap dibina dan kelas prasekolah mula dibuka pada tahun 2002. SKJ16 mencatat sejarah kecemerlangan pencapaian UPSR dengan peratus lulus keseluruhan 87.2%. Seramai 7 orang mencapai 5A, 10 orang 4A1B dan 5 orang 3A2B pada tahun 2002.
Seterusnya sejarah terus tercipta apabila SKJ16 menjadi sekolah terbaikantara 8 buah sekolah cemerlang luar Bandar Negara dalam peperiksaan UPSR 2003 dengan pencapaian 18 orang 5A, 4 orang 4A1B dan 2 orang 3A2B dengan peratus lulus keseluruhan 90.9%.
SKJ16 dianugerahkan sebagai Sekolah Terbaik Felda dengan pencapaian 5A sebanyak 40% iaitu 10 orang pada tahun 2008. Peratus lulus semua mata pelajaran ketika itu ialah 88% dan GPS sebanyak 1.97.
Pada tahun 2009, 6 orang murid mendapat 5A dan peratus lulus semua mata pelajaran 81.25% dengan GPS sebanyak 1.97.
Pada 1 Ogos 2010, 6 orang murid mendapat 5A dan peratus lulus semua mata pelajaran 89.18% dengan GPS sebanyak 1.91.
Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 16 telah didaftarkan dengan nama Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 16. Pencapaian UPSR 2011 agak merosot sedikit iaitu 83.87% tetapi masih bertahan di division 1 dengan GPS 1.88.
Pencapaian UPSR 2012 pula adalah 78.79% dengan GPS 1.92 dan seramai 5 orang mendapat 5A. Pencapaian UPSR 2013 adalah 88.24% dengan GPS sebanyak 1.85. Seramai 6 orang mendapat 5A, 3 orang 4A1B, 1orang 3A2B dan 4 orang 3A1B1C.
Pada tahun 2021, tiada UPSR dilaksanakan akibat Covid19.
Sehingga tahun 2021, SK (FELDA) Jengka 16 telah dipimpin oleh 11 orang Guru Besar iaitu:
Encik Mohd Daud bin Syam ( 3 Januari 1978 hingga 1983)
Encik Ramli bin Sulaiman ( 1 September 1983 hingga 1985)
Encik Hanapiah bin Ibrahim (3 Januari 1985 hingga 1987)
Encik Abdul Aziz bin Hj Wahab (1 Oktober 1987 hingga 1999)
Tuan Hj Md Chik bin Abdullah ( 10 Februari 1999 hingga 2000)
Encik Hamzah bin Mat Ali ( 5 Mei 2000 hingga 2006)
Encik Ahmad Thirmizi bin M.Hashim (Mac 2006 hingga 2010)
Tuan Hj Azamy bin Alias ( 1 Ogos 2010 hingga 2011)
Encik Muzamil bin Omar (1 Ogos 2011 hingga 2014)
Tuan Hj Abd Ghani bin Abd Wahab ( 1 Febuari 2014 hingga 14 November 2019)
Puan Rosni binti Ismmail ( 15 November 2019 hingga Jun 2023)
Puan Rohani binti Mohd Amin (Jun 2023 - Kini)
MEMPERKASA KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH BERKUALITI MENJELANG TAHUN 2025
Kemenjadian murid dan sekolah berkualiti akan dicapai melalui 3 dimensi utama iaitu:
Dimensi 1 : AKADEMIK
Memperkasa potensi intelek dengan ilmu pengetahuan dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk memperoleh keberhasilan terbaik dalam UPSR dan PBD.
Dimensi 2 : KOKURIKULUM
Memperkasa kemahiran insaniah (soft skills) murid dengan menggilap bakat, potensi, kepimpinan, keupayaan dan kecenderungan dalam aktiviti kokurikulum bagi menjulang kebitaraan sekolah.
Dimensi 3 : SAHSIAH
Memperkasa modal insan unggul dengan penekanan terhadap nilai-nilai akhlak, sahsiah terpuji dan pematuhan disiplin secara holistik.
SK Felda Jengka 16 dengan ini berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik berdasarkan :
Melaksanakan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
Menyediakan suasana kerja yang selesa dan memberangsangkan bagi melahirkan guru dan pekerja yang dedikasi, kreatif dan inovatif.
Melestarikan peningkatan pencapaian murid dalam akademik, sahsiah, ko-akademik dan kokurikulum kepada semua murid secara adil dan saksama.
Memastikan kemudahan fizikal dan keceriaan sekolah dalam suasana yang selamat dan kondusif.
Mengamalkan konsep keterbukaan dalam melayani pemegang taruh seperti ibu bapa, PIBG, alumni, agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan (NGO)
JUMLAH GURU : 23 orang
JUMLAH AKP : 3 orang
JUMLAH MURID : 224 orang (termasuk PRA)
BILANGAN KELAS : 7 kelas
Prasekolah - 1 kelas
Aliran perdana - 7 kelas
Sederap Melonjak Prestasi ke Puncak Jaya
#skj16GAH
GURU BESAR
PN ROHANI BINTI MOHD AMIN
GPK PENTADBIRAN
TN. HJ. AUZA'I BIN HJ. MAHAMAD
GPK HEM
EN. AZIZULFITRI BIN MUSLIHAT
GPK KOKURIKULUM
EN. AZIZAN BIN KOMING
EN MOHD TARMIZI BIN MOHD ZIN
EN MD RIZAL BIN SAID
EN MAHAMAD SUKERAN BIN AWANG
EN CHE MAZOL BIN HAMAT
EN MUHAMMAD RIDHWAN BIN MOHD NOR
EN KHAIRUL ANUAR BIN MAT ISA
EN MOHD NOR FADZLI BIN OSMAN @ ABD RAHMAN
EN MUHAMMAD SHAHIR BIN MOHAMED BAKRI
CIK FITTY AYUNEE BINTI GHAZALI
PN MAZURA BINTI MOHD NOOR
PN SALMIZA BINTI IBRAHIM
PN NUR SAIDATUL AKMAM BINTI RAZAK
PN NUR IZZATI BINTI HAMDI
PN NORIMAH BINTI MUSA
PEMBANTU TADBIR
PN ZURAHAYU BINTI NOR AHMAD
PEMBANTU OPERASI
CIK FADILAH BINTI ABU HASSAN
PEM PENGURUSAN MURID
PN NORMAZIEDA BINTI JAMALUDDIN