SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
(NOORAINNIE ABDULLAH)
Assalamualaikum Wrbkth.
Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.
Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.
Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.
Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.
Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.
Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.
Wassalam.
SEJARAH SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini diasaskan oleh Allahyarham KK Md. Yassin bin Hj. Ghani bersama beberapa orang penduduk kampung inanam laut. Permohonan pembinaan sekolah ini telah dikemukakan sejak tahun 1960-an lagi tetapi disebabkan oleh kerana belum ada tapak yang sesuai maka pembinaan telah ditangguhkan.
Pembinaan sekolah ini telah dimulakan pada pertengahan tahun 1979 dan telah dapat disiapkan pada akhir tahun 1981. Sekolah ini telah didirikan di tapak seluas 3.32 ekar dan terletak di pertengahan Kampung Inanam Laut dalam daerah Kota Kinabalu. Jarak sekolah ini dari Kota Kinabalu ialah lebih kurang 10 km dan 0.5 km dari pekan Inanam. Terdiri daripada sebuah bangunan dua tingkat yang boleh menampung 10 buah bilik darjah, satu bilik pusat sumber, satu buah bilik gerakan, satu buah bilik guru besar, sebuah pejabat am, sebuah bilik guru dan beberapa bilik yang terpaksa diubah suai untuk mengatasi kekurangan. sekolah ini mempunyai sebuah flat guru iaitu sebuah bangunan empat tingkat dan dua buah rumah kayu.
Sekolah ini mula dibuka untuk beroperasi pada awal tahun 1982 dengan jumalah murid seramai 133 orang sahaja. Sebelum ini kanak-kanak di sekitar Inanam laut bersekolah di SRK St. Cathrine Inanam, SK Likas , SK Darau, Menggatal dan sekolah-sekolah yang berdekatan. Bermula dengan jumlah seramai 133 orang murid dan 4 buah kelas, perkembangan pesat berlaku dari segi pertambahan murid dari setahun ke setahun dan akhirnya pada tahun 1987 sekolah ini telah mengadakan dua sesi persekolah iaitu pagi dan petang.
Sehingga tahun 2007, sekolah ini mempunyai 25 buah kelas (sesi pagi dan petang) dengan jumlah murid seramai 950 orang, 52 orang guru dan 5 orang anggota kumpulan sokongan, sebuah pra sekolah telah beroperasi pada tahun 2006 dengan jumlah murid seramai 25 orang.
Kini sekolah ini telah mempunyai dua buah Pra Sekolah dan beroperasi sebanyak 4 kelas untuk sesi pagidan petang. Sekolah juga mempunyai sebuah makmal komputer, bangunan kantin sekolah, tandas guru dan murid, sebuah flat guru dan 2 buah rumah guru, bilik-bilik khas dan sebuah Dewan Terbuka Myrna. Hingga kini murid sekolah ini berjumlah 893 orang.
Di atas daya usaha dan kerjasama semua warga sekolah, sekolah ini telah berubah dari masa ke semasa terutama dari segi keceriaan sekolah dan pencapaian akedemik.
COGAN KATA SEKOLAH - ILMU PENYULUH HIDUP
PENGERTIAN WARNA
BIRU TUA DAN PUTIH
WARNA PAKAIAN SERAGAM MURID SEKOLAH RENDAH. MELAMBANGKAN ANAK-ANAK DIDIK DI SEKOLAH INI YANG DATANG DENGAN PENUH HARAPAN, UNTUK MENUNTUT ILMU.
2. PUTIH :
MELAMBANGKAN NILAI-NILAI MURNI DAN AKHLAK MULIA. MURID-MURID YANG SENTIASA MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI DAN BERAKHLAK MULIA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.
3. HIJAU :
MELAMBANGKAN KESUBURAN AKAL FIKIRAN, KECERGASAN FIZIKAL DAN MENTAL. SENTIASA DIJAGA UNTUK TERUS BERKEMBANG DENGAN BAIK.
4. BUKU :
MELAMBANGKAN SUMBER ILMU PENGETAHUAN, MENGANDUNGI PELBAGAI ILMU, PERLU DIBACA, DIHAYATI DAN DIAMALKAN UNTUK KEJAYAAN.
5. OBOR :
MELAMBANGKAN ILMU PENGETAHUAN, BAGAI PENYINAR ATAU PENYULUH HIDUP MENUJU KECEMERLANGAN.
6. LINGKARAN KUNING
MELAMBANGKAN AGAMA YANG MENJADI TUNJANG KEHIDUPAN UNTUK KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.
LAGU SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Inanam Laut
Tempat kami menuntut ilmu
Mari berikrar penuh setia
Rukun Negara kita
Ilmu itu penyuluh hidup ini
Cogan kata pedoman kami
Bertekad maju dan yakin diri
Berilmu dan berdikari
Hadapi cabaran masa muka
Hidup berbakti pada negara
menuntut ilmu hargai masa
Tercapai cita-cita
Sekolah Kebangsaan Inanam Laut
Tempat kami menuntut ilmu
Mari berikrar penuh setia
Rukun Negara kita