DASAR PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH
“Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.”
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai ‘Kegiatan Kumpulan’.
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrifKokurikulum iaitu :
Penyertaan dalam sukan permainan
Penyertaan dalam persatuan dan kelab
Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
Lain-lain kegiatan sebagimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan
DASAR UTAMA (1)
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN
Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
· “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertiingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”
· (Subperaturan 3(1) Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yqng diterbitkan sebagai PU (A) 531/97.
MELAKSANAKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH ADALAH WAJIB
· Kegagalan / keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am.
Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : Penalti Am.
· “(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didendatidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”.
· “(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalan hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakanhukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan”.
DASAR UTAMA (2)
PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB
· “Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap murid. Setiap pelajar hendaklahmengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan dan kelab dan satu kegiatan sukan dan permainan”.
· [Perkara 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP (BS) 8591/Jld. II (29)]
· Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka minati.
· [Untuk tujuan ini Pengetua / Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A) 196/98.]
· Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkodkan dan diberi penilaian.
· [Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtsas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986]
· Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas.
· [Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka]
DASAR UTAMA (3)
PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB
· Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau perkhidmatan awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.
· “Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulumdi sekolah” ( Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985)
· Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggungjawab yang spesifik, terperinci dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum.
· Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) (Bab D).”
DASAR UTAMA (4)
PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM”
· “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegitan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajaridalam bilik darjah.” [Peraturan 2 dalam Peraturan – Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997]
· Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendklah dirancang dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif.
· Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantumembangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang.
PENYERTAAN ‘BERAMAI-RAMAI’
· Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi memfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).
· Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat eksklusif. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid.
DASAR-DASAR SOKONGAN DALAM PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH
· “Sekolah – sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah mengalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untukmasyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah ; gerekerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebaganya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.”
Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.
Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS) 8591/Jld. 929
‘Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat’
Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32)
-“Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam keguatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh petubuhan bukan kerajaan yang berdaftar”.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998
“Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut”.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000
“Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkanpotensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani’.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000
“Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan murid-murid atau orang perseorangan (atas penyertaan , penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata,tetapi hendaklah juga diberi kepada murid-murid yang mempunyai sifat disiplin yang baik”.
Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985
Sekolah mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing dalam bidang-bidang kokurikulum yang mereka minati ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa.
Murid-murid juga sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan bakat dan kecemerlangan masing-masing.
DASAR PENGURUSAN 1 MURID 1 SUKAN (1M1S)
1. Pengenalan
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan memastikan setiap murid di sekolah rendah dan menengah terlibat sekurang-kurangnya dalam satu aktiviti sukan.
Sekolah Kebangsaan Haji Hasan menyokong pelaksanaan dasar ini dengan memberi peluang kepada setiap murid untuk aktif bersukan sepanjang tahun — bukan sahaja dalam tempoh rasmi kokurikulum, tetapi juga melalui program lanjutan dan pertandingan bakat sukan sekolah.
2. Rasional
Pelaksanaan dasar ini di SK Haji Hasan adalah bagi:
•Membangunkan potensi murid secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
•Mewujudkan budaya sukan sebagai amalan hidup sihat di kalangan warga sekolah.
•Menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti fizikal bagi membentuk disiplin, semangat berpasukan, dan daya tahan diri.
•Mengenal pasti serta memupuk bakat sukan murid untuk digilap ke peringkat lebih tinggi.
3. Matlamat
Menjadikan setiap murid SK Haji Hasan aktif dan terlibat sekurang-kurangnya dalam satu jenis sukan, serta mewujudkan suasana sekolah yang sihat, cergas dan berdaya saing.
4. Objektif
1.Melibatkan 100% murid dalam sekurang-kurangnya satu sukan utama sekolah.
2.Meningkatkan tahap kecergasan dan disiplin murid melalui aktiviti fizikal berstruktur.
3.Menggalakkan semangat kesukanan, kerjasama dan kepimpinan dalam kalangan murid.
4.Mengenal pasti murid berbakat untuk dikembangkan potensi sukan ke tahap lebih tinggi (peringkat zon, daerah dan negeri).
5.Menjadikan sukan sebagai elemen penting dalam membentuk identiti sekolah.
5. Jenis Sukan Permainan di SK Haji Hasan
Pelaksanaan Dasar 1M1S memberi tumpuan kepada sukan permainan berikut:
1.Bola Sepak
2.Bola Jaring
3.Kriket
4.Badminton
5.Bola Baling
Setiap murid akan didaftarkan dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di atas dan digalakkan menyertai aktiviti lanjutan seperti pertandingan mini, klinik kemahiran, atau acara bakat sukan tahunan.
6. Prinsip Pelaksanaan
•Setiap murid wajib menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di bawah seliaan guru penasihat.
•Aktiviti dijalankan secara sistematik dan berterusan walaupun tempoh rasmi perjumpaan kokurikulum telah tamat, bagi mengekalkan tahap kecergasan dan minat murid.
•Pelaksanaan mengutamakan keselamatan, kesesuaian umur dan kemampuan murid.
•Penilaian penyertaan murid dilaksanakan berdasarkan kehadiran, penglibatan aktif dan semangat kesukanan.
•Guru menjadi model dan fasilitator kepada pelaksanaan aktiviti sukan sekolah.
7. Struktur Pengurusan Dasar 1M1S
Jawatan / Peranan
Guru Besar - Meluluskan dasar dan pelan tahunan 1M1S; memastikan sumber dan sokongan tersedia; menilai keberkesanan pelaksanaan.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum - Menyelaras keseluruhan pelaksanaan 1M1S; menyediakan jadual, laporan dan pemantauan.
Penyelaras Sukan Sekolah - Menyusun pelan tahunan aktiviti sukan; memastikan setiap murid didaftarkan dalam sukan; menyediakan laporan keberkesanan.
Guru Penasihat Sukan (Bola Sepak, Bola Jaring, Kriket, Badminton, Bola Baling) - Merancang dan melaksanakan latihan serta pertandingan; mengurus rekod penyertaan murid; memastikan keselamatan dan disiplin semasa aktiviti.
Murid - Menyertai aktiviti dengan aktif dan berdisiplin; mematuhi peraturan; menunjukkan semangat kesukanan tinggi.
8. Pengurusan Pelaksanaan
8.1 Perancangan
•Menyusun pelan tahunan sukan mengikut kalendar sekolah.
•Menetapkan jadual latihan dan aktiviti setiap sukan.
•Mengenal pasti guru penasihat dan pembahagian kumpulan murid.
•Menyediakan peralatan dan tempat latihan yang mencukupi.
8.2 Pelaksanaan
•Aktiviti dijalankan secara mingguan mengikut jadual kokurikulum dan diteruskan melalui aktiviti lanjutan selepas perjumpaan rasmi berakhir.
•Murid diberi peluang mencuba beberapa sukan untuk memilih minat dan potensi mereka.
•Pertandingan dalaman (mini games, bakat sukan) dilaksanakan bagi mencungkil bakat baharu untuk pembangunan tahun berikutnya.
8.3 Pemantauan dan Penilaian
•Pemantauan dibuat oleh Penyelaras Sukan dan GPK Kokurikulum bagi memastikan aktiviti berjalan lancar dan selamat.
•Penilaian penyertaan berdasarkan rekod kehadiran, disiplin dan semangat kesukanan murid.
•Laporan pelaksanaan disediakan selepas setiap aktiviti atau di akhir tahun.
8.4 Penambahbaikan
•Hasil maklum balas guru dan murid digunakan bagi memperbaiki aktiviti sukan pada tahun berikutnya.
•Bakat sukan yang dikenal pasti diberi peluang latihan lanjutan atau dihantar ke pertandingan luar sekolah.
9. Program Sokongan
Untuk memperkukuh pelaksanaan dasar ini, SK Haji Hasan melaksanakan:
•Pertandingan Bakat Sukan Sekolah bagi mengenal pasti potensi atlet.
•Sukan Tahunan Sekolah pertandingan antara rumah sukan.
•Klinik dan bengkel kemahiran sukan bagi sukan utama.
•Program Sukan Sepanjang Tahun – aktiviti kecergasan ringan selepas waktu kokurikulum rasmi.
10. Penutup
Pelaksanaan Dasar Pengurusan 1M1S di Sekolah Kebangsaan Haji Hasan diharap dapat membentuk generasi murid yang sihat, cergas dan berdaya saing. Sukan bukan sekadar aktiviti kokurikulum, tetapi platform membina sahsiah, jati diri dan kepimpinan dalam kalangan murid.