Menurut maklumat yang telah diperolehi , sekolah ini telah diasaskan pada 9 April 1906 yang mana ketika itu bangunan sekolah ini merupakan rumah tumpangan yang disewakan .
Walaubagaimanapun , sekolah ini telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1925. Keluasan kawasan sekolah ini ialah 3.289 ekar persegi dan keluasan bangunan pula ialah 15390 kaki persegi .
Sekolah ini juga telah dikenali dengan nama nama yang berbeza sebelum dikenali sebagai SK Gopeng Jalan Ilmu . Antara nama nama tersebut adalah Methodist English School Gopeng (1908 1924), Government English School Gopeng (1925 1960), Sek . Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris ) Gopeng (1961 1969) dan Sekolah Rendah Kebangsaan Gopeng (1970) sehinggalah ditukarkan namanya kepada SK Gopeng , Jalan Ilmu.
◾Gelung Merah : Melambangkan murid murid sekolah ini sentiasa bergiat cergas dalam sukan dengan semangat yang tinggi.
◾ Obor dan buku : Bermaksud sekolah ini sentiasa memberikan pendidikan yang sebaik baiknya dalam membentuk murid murid yang berilmu pengetahuan tinggi.
◾ Bunga Padi : Melambangkan perpaduan yang dipupuk dalam keluarga sekolah ini menjadi suasana makmur dirasai dalam kehidupan keluarga.
◾ Latar belakang Biru dan Putih : Memberi maksud warna asas pakaian seragam murid s ekolah rendah disamping melambangkan keluarga sekolah ini berbilang bangsa sentiasa memupuk perpaduan.
◾ Warna Kuning : Taat kepada Sultan.
◾ Warna Putih keliling : Melambangkan kesucian dan kemurnian yang asas setiap kejayaan.
◾3 Jalur : Melambangkan Sekolah Rendah Kebangsaan Gopeng di dalam negeri Perak.
◾ Warna biru : Melambangkan murid murid sekolah ini yang berbilang bangsa mementingkan perpaduan dalam mengharumkan nama sekolah.
◾ Warna Merah : Melambangkan murid sekolah ini mempunyai semangat yang tinggi dalam mengejar kejayaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
◾ Warna Kuning : Melambangkan warna kebesaran Raja Negeri Perak.
Kami murid berseru
SK Gopeng maju
Sekolah yang dicinta
Bimbingan kami terima
Kami kenang sentiasa
Jasa guru mulia
Bimbingan yang diberi
Kami tetap patuhi
Kami sedia tunjuk bakti
Hargakan cita murni
Kami sedia tuntut ilmu
Pengetahuan tangga kejayaan