ISI KANDUNGAN
Sekolah ini telah ditubuhkan pada hari Rabu, 3 Januari 1979 dengan bilangan murid seramai 30 orang dan 6 orang guru di bawah pentadbiran Sekolah Kebangsaan Ladang Pamol. Ketika itu, murid-murid ditempatkan di enam buah rumah peneroka. Pada tahun 1982, apabila siap bangunan yang mengandungi enam buah bilik darjah dan kantin, maka berpindahlah murid-murid dari rumah peneroka ke bangunan sekolah yang baru.
Sekolah ini juga diuruskan oleh pentadbiran yang baru. Bilangan murid terus bertambah dan bangunan baru juga terus dibina. Pada Oktober 1983, satu bilik pemulihan, bilik rawatan, dan bilik tayang siap untuk digunakan.
Pada awal tahun 1984, bilangan murid sekolah ini melebihi 700 orang dan pada awal tahun 1987, bilangan murid bertambah menjadi 1202 orang. Sekolah dijalankan pada sesi pagi dan petang. Pertambahan murid dan perancangan sekolah satu sesi menyebabkan ban⁶gunan baru terus dibina. Satu lagi bangunan tambahan siap dan boleh digunakan pada tahun 1995. Memandangkan Rancangan Felda Ulu Dengar mempunyai bangunan sekolahnya sendiri, maka pada tahun 1994, murid-murid dari felda tersebut telah berpindah sekolah. Ini menjadikan murid sekolah ini hanya 786 orang.
Pada tahun 1995, sekolah ini hanya menjalankan satu sesi sahaja. Sehingga 1 Januari 2021, sekolah ini mempunyai seramai 378 orang murid dan 33 orang guru. Kecemerlangan merupakan misi sekolah ini. Kecemerlangan dalam bentuk pengurusan sekolah, kecemerlangan sahsiah dan kecemerlangan kokurikulum. Untuk mencapai kecemerlangan ini, fokus dan kualiti amat ditekankan.
13.01.1979 - 31.12.1981
01.01.1982 - 15.07.1992
9.11.1986 - 15.07.1992
16.10.1992 - 15.03.1995
16.10.1992 - 15.03.1995
16.03.1995
Biru bermaksud keharmonian dan kesejahteraan pelajar.
Kuning bermaksud tekad dan keazaman warga sekolah untuk meningkatkan bidang pendidikan ke taraf dunia.
Bulan dan bintang bermaksud mendaulatkan agama untuk pembinaan insan yang sempurna dari segi fizikal dan kerohanian.
Nukleus bermaksud bidang Sains dan Teknologi yang menjadi teras kepada dunia pendidikan masa kini.
Gelung hijau, merah, kuning dan biru melambangkan semangat juang yang tinggi para pelajar dalam bidang sukan dan kokurikulum.
Kelapa sawit melambangkan sokongan padu masyarakat di Felda Kahang Timur ke atas pihak sekolah.
Cogan kata dan logo Sekolah Kebangsaan (FELDA) Kahang Timur telah dicipta oleh Encik Abdullah bin Hamzah.
Sekolahku sekolah yang ternama
Berdiri megah teguh dan berjaya
Majulah maju bersama kita maju
Mencapai cita yang satu
Sekolah Kebangsaan (FELDA) Kahang Timur
Tempatmu untuk ku timba ilmu
Berusaha dan terus berusaha
Menyemai sifat yang mulia
Marilah kawan-kawanku semua
Berbudi bahasalah pada semua
Hormati guru sopan santun dijaga
Jadikan insan yang terpuji
Jadikan insan terpuji
Sekolah Kebangsaan (FELDA) Kahang Timur