SAINS KOMPUTER
laman web panitia
Matlamat
Matlamat kurikulum mata pelajaran Sains Komputer di peringkat menengah atas adalah untuk menyedia dan memperkukuhkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai Sains Komputer serta pemikiran komputasional (computational thinking). Ini bagi melahirkan individu yang dapat menyumbang dalam perkembangan teknologi dunia digital sebagai pencipta teknologi baharu yang dapat menyelesaikan masalah pada hari ini dan masa hadapan disamping mengamalkan tingkah laku positif dan nilai-nilai murni.
Objektif
Kurikulum Standard Sekolah Menengah Sains Komputer bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut:
1. Membina pengetahuan tentang prinsip dan konsep yang merangkumi logik dan algoritma.
2. Menggunakan pengaturcaraan sebagai satu kaedah dalam menyelesaikan masalah.
3. Menganalisis masalah menggunakan kemahiran pemikiran komputasional dengan berbantukan komputer.
4. Mengkaji, menilai dan mengguna sistem sedia ada dan persekitaran yang berkaitan dengan pengkomputeran serta memberi idea penambahbaikan kepada perkembangannya.
5. Menjana idea yang kreatif dan inovatif semasa membangunkan aplikasi.
6. Mengaplikasi pengetahuan Sains Komputer secara berhemah, beretika, bertanggungjawab dan berkeyakinan.
7. Menghargai peranan dan kepentingan Sains Komputer serta kesannya kepada masyarakat dan ekonomi.