SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) CHINI TIMUR 1
SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) CHINI TIMUR 1
Sekolah Kebangsaan (Felda) Chini Timur 1 atau nama ringkasnya SK (Felda) Chini Timur 1, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Felda Chini Timur 1, Pekan, Pahang Darul Makmur.
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Transformasi Pendidikan dan Salam Malaysia Sejahtera.
Dipanjatkan kesyukuran ke atas Allah Yang Maha Esa, selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhamad Saw dan para anbia serta sahabat-sahabat baginda.
Agenda kecemerlangan pendidikan dan kecemerlangan pelajar menjadi keutamaan dalam kalangan warga pendidik bagi memastikan hasrat melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis tercapai. Warga pendidik di SK Chini Timur 1 sentiasa mendukung aspirasi negara .
Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. Begitulah diumpamakan usaha kita dalam melahirkan generasi masa depan negara. Usaha yang tidak pernah putus dalam kalangan guru-guru serta dibantu oleh kakitangan sokongan sekolah akan melahirkan murid-murid yang boleh bersaing sehingga ke peringkat global selaras dengan 6 Aspirasi murid iaitu berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, mempunyai etika dan kerohanian serta menjunjung identiti nasional. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Dalam memastikan kemenjadian murid, sokongan ibu bapa penjaga dan komuniti perlu seiring. Sekolah sentiasa mengamalkan polisi kebersamaan dan kolaboratif yang utuh agar program jalinan dan jaringan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Kesempurnaan pendidikan adalah menjadi tekad kami warga sekolah dengan semangat kerjasama dan pengemblengan tenaga yang padu di samping kepakaran yang sedia ada bagi menjayakan program-program kecemerlangan sekolah .
SKeCTSa diharapkan agar terus berjaya menempa kejayaan dalam pelbagai bidang sehingga ke peringkat tertinggi bagi merealisasikan kebolehan dan bakat murid. Tekad dan usaha yang tidak mengenal jemu akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.
Ke arah Kecemerlangan SKeCTSa .
Small Change Can Make a Big Different.
Pn Rosse Anita binti Zahari
Guru Besar
SK (FELDA) Chini Timur 1
Sumber Rujukan :