profil SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN BUNGALIO, TUARAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BUNGALIO, TUARAN
Nama : SK Bungalio, Tuaran
Kod : XBA4308
Alamat : WDT. 86, 89257, Tamparuli, Sabah.
Email : xba4308@moe.edu.my / skbungalio@gmail.com / sekolah-7435@moe-dl.edu.my
Kategori Sekolah : Sekolah Kurang Murid (SKM)
LENCANA SEKOLAH
LAGU SEKOLAH
GETTING TO KNOW OUR SCHOOL
Pentadbir + Guru : 15 orang
Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) : 3 orang
Murid SK : 84 orang
Murid Pra : 19 orang
Sekolah Kebangsaan Bungalio ini terletak di atas bukit yang jaraknya lebih kurang 16.5 Kilometer dari pekan Tuaran. Bangunan sekolah ini dibina pada tahun 1962 atas usaha dan kerjasama penduduk-penduduk kampung Bungalio dan penduduk persekitarannya secara sukarela. Bangunan ini pada mulanya diperbuat daripada kayu dan buluh serta beratapkan rumbia yang mana dikenali sebagai NVS (Native Voluntary School) Bungalio Tuaran.
Pada peringkat awal sekolah ini beroperasi dengan bilangan murid seramai 100 orang yang datang dari Kg. Bungalio dan kampung-kampung yang berdekatan. Disebabkan bilangan bilik darjah dan guru tidak mencukupi maka pembelajaran dan pengajaran dijalankan secara kelas bercantum.
Guru Besar yang pertama berkhidmat di sekolah ini ialah En.Ghani Jaafar iaitu pada tahun 1962 sehingga pada tahun 1973. Apabila En. Ghani Jaafar bertukar tempat, beliau digantikan pula oleh En.Dullah Londow yang memangku jawatan Guru Besar pada tahun 1972 hingga 1976.Pada tahun 1976, sekolah ini mendapat peruntukan daripada kerajaan untuk membina sebuah bangunan baru yang mempunyai 3 buah bilik darjah. Sepanjang kewujudan sekolah ini sudah ramai bekas- bekas murid sekolah ini telah berjaya mendapatkan pekerjaan sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta.
Pada masa kini, bangunan sekolah sudah bertambah bilangannya, daripada 1 buah pada awal tahun 60-an menjadi 4 buah bangunan. Ini termasuklah 2 blok bangunan sekolah, 1 buah bangunan pusat sumber dan 1 buah bangunan prasekolah yang mula beroperasi pada Januari 2007 dan sebuah rumah guru berkembar yang dibina melalui projek kerajaan pusat. Kesemua ibu bapa murid yang bersekolah di sini sebilangan besarnya terdiri dari golongan pekebun kecil dan berpendapatan di bawah paras kemiskinan. Manakala sebilangan kecil sahaja ibu bapa yang bekerja dengan kerajaan dan swasta.
VISI KPM
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
MISI KPM
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
MISI SK BUNGALIO, TUARAN TS25
Mentranformasikan pemimpin berkesan, guru berkualiti, sokongan PIBG dan komuniti dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran bermakna bagi memastikan kemenjadian murid dan memacu kualiti.
Waktu Operasi:
7.00 pagi - 4.00 petang
Tel: 019-8229372 (GB)
Email: xba4308@moe.edu.my
DIKEMASKINI
Laman Web Rasmi © 2023
Admin by Edora Christy Alius
Penyelaras ICT
SK Bungalio, Tuaran,
Sabah.