#kitajagakita #amalkan3C3W #jagasop #selamatkembalikesekolah #kembalikesekolahdenganselamat
Tarikh Hari Ini
Masa Sekarang
Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
SK Bukit Hampar
23 Disember 2021 - 13 Januari 2022
Semak pelaporan PBD anak-anak di halaman Pentaksiran sekolah hanya menggunakan nombor MyKid anak-anak. Pelaporan juga boleh di muatturun ke komputer atau telefon pintar untuk simpanan. Jangan lupa untuk mengetik pengesahan Penerimaan Pelaporan PBD Akhir Tahun 2021 di ruangan yang disediakan.
Semua murid akan mula mengikuti PdPR seperti biasa mulai 25 Julai hingga 31 Ogos seperti mana yang dimaklumkan oleh KPM. Prosedur masih seperti yang dimaklumkan oleh pihak KKM kerana belum ada penarikan semula perintah kawalan 'Lock Down'. Semua murid dimohon untuk peka dengan jadual baru yang akan digunakan mulai 25 Julai nanti melalui guru kelas. Murid Tahap 2 Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 juga akan mula melaksanakan PdPR Ko-Kurikulum secara online bermula 28 Julai nanti sehingga 10 November 2021. Jumlah perjumpaan Ko-Kurikulum sebanyak 15 kali perjumpaan melibatkan Badan Beruniform, Kelab & Persatuan dan Sukan & Permainan. Perjumpaan Ko-Kurikulum ini termasuk dalam jadual waktu dan murid perlu mendaftar kehadiran melalui pautan yang akan diberikan. Guru Kelas dimohon menyebarluaskan jadual waktu baru kepada semua murid melalui sebaran media sosial atau secara individu kepada murid yang tidak dapat dihubungi melalui media sosial. Pautan bagi kehadiran PdPR dan Ko-Kurikulum adalah seperti di bawah :
TS25 : PROGRAM TRASFORMASI SEKOLAH 2025
(TRANSFORMATIONAL SCHOOL 2025)
TRANSFORMASI SEKOLAH TS25
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.