PROFIL SEKOLAH

PROFIL SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TASIK PUTERI (BBA7238)

48000 RAWANG, SELANGOR

PERIHAL SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri atau nama ringkasnya SKBTP, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Sekolah ini berada di bawah pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah Gombak. Kod sekolah ialah BBA7238.

Pada tahun 2020, Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri memiliki 1073 pelajar lelaki dan 1026 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2099 orang. Sekolah ini mempunyai seramai 150 orang guru.

WAKTU OPERASI SEKOLAH

Guru-guru perlu hadir 10 minit awal sebelum sesi pembelajaran bermula dan pulang 10 minit lewat selepas sesi pembelajaran tamat.

A) Sesi Pagi (Waktu PDPc) *Berubah ikut arahan semasa

Isnin 7.30 am hingga 1.20 pm

Selasa, Rabu, Khamis 7.30 am hingga 12.50 pm

Jumaat 7.30 am hingga 11.50 am

Rehat Tahun 4 9.00 am hingga 9.20 am

Rehat Tahun 5 9.30 am hingga 9.50 am

Rehat tahun 6 10.00 am hingga 10.20 am


B) Sesi Petang (Waktu PDPc) *Berubah ikut arahan semasa

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis 1.00 pm hingga 6.00 pm

Jumaat 2.00 pm hingga 6.00 pm

Rehat Tahun 1 2.30 pm hingga 3.00 pm / 3.00 pm hingga 3.30 pm (Jumaat)

Rehat Tahun 2 3.00 pm hingga 3.30 pm / 3.30 pm hingga 4.00 pm (Jumaat)

Rehat tahun 3 4.00 pm hingga 4.30 pm


C) Waktu Kokurikulum *Berubah ikut arahan semasa

Hari : Sabtu (minggu ke-2 & ke-4)

Masa : 8.00 am – 10.30 am

ENROLMEN SEKOLAH


LENCANA SEKOLAH

PELAN SEKOLAH

LAGU SEKOLAH

PIAGAM SEKOLAH

MEMAHAMI DAN MENGHAYATI

  • FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

  • MATLAMAT DAN OBJEKTIF SEKOLAH

  • MEMELIHARA DAN MEMPERTINGKATKAN IMEJ SEKOLAH,

  • JABATAN DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN SETIAP MASA.

  • MEMENTINGKAN MUTU DAN KESAN PENDIDIKAN

  • MENENTUKAN OBJEKTIF ( SETIAP TUGAS )

  • MENGAMALKAN KERJA SECARA BERMESYUARAT DAN BERPASUKAN

  • SENTIASA BEKERJA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

  • MENGAMALKAN SIKAP JUJUR, IKHLAS, AMANAH SERTA ADIL.

  • MENGAMALKAN PERKHIDMATAN PENYAYANG

  • KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

  • SENTIASA MEMIMPIN DAN MENILAI DIRI SENDIRI

  • BERUSAHA MEMPERTINGKATKAN ILMU DAN KEMAHIRAN

  • KERJA ADALAH IBADAH


OBJEKTIF SEKOLAH

  1. Bahawa murid-murid di sekolah ini berkebolehan dan berpotensi untuk maju dan berjaya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Dengan itu, seluas-luas peluang akan diiberikan kepada semua murid di sekolah ini untuk mengembangkan kebolehan dan potensi.


  1. Bahawa semua pendidik di sekolah ini berkeupayaan dan berkebolehan serta mempunyai kecekapan dan juga kemahiran untuk memberi pendidikan yang sempurna, menyeluruh dan bermutu tinggi bagi memajukan tahap pendidikan di sekolah ini.


  1. Bahawa sekolah ini berkeupayaan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan fizikal dan tenaga pendidik serta berseedia memikul tanggungjawab melahirkan generasi yang boleh memberi sumbangan yang posiitif kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara.


VISI

VISI Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

MISI

Melestari Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara