PRA-SEKOLAH
PRA-SEKOLAH
OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Menyediakan peluang kepada murid untuk mencapai objektif seperti yang berikut:
Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan;
Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam;
Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;
Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia;
Menyayangi dan menghargai alam sekitar;
Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri;
Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga keselamatan diri;
Mengembangkan daya kreatif dan estetika; dan
Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
MINIT MESYUARAT PRASEKOLAH KALI PERTAMA 2024/2025