Sk Bandar Sunway Semenyih telah di tubuhkan pada 7 Julai 2012 dan telah di sempurnakan Majlis Pecah tanahnya oleh Timbalan Menteri Pelajaran pada waktu tersebut, Yang Berbahagia Dr Mohd Puad Zarkashi.
Sekolah ini telah mula beroperasi sepenihnya pada 12 Januari 2015. Pada awalnya, bilangan murid berdaftar di sekolah ini adalah seramai 372 orang murid, 34 orang guru, bersama seorang staf sokongan. Kelas yang dibuka untuk proses pengajaran dan pembelajaran pada peringkat awal adalah sebanyak 15 buah kelas iaitu 3 kelas tahun 1,2,3,4 dan 5.
Sekolah ini yang berkonsepkan moden dengan rekaan terkini dilengkapi dengan sebuah padang, kelas-kelas, pejabat, dan bilik guru berhawa dingin, sebuah pusat sumber , sebuah kantin, bilik mesyuarat utama, bilik-bilik khas seperti makmal, bilik B&K, bengkel dan surau.Selain itu, sekolah ini juga mempunyai 2 buah unit bangunan Pra Sekolah yang lengkap.