Untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia demi kesempurnaan masyarakat.
Untuk mewujudkan sifat hormat-menghormati antara satu dengan lain, dan mempunyai semangat tolong-menolong.
Untuk menjadikan pelajar insan yang bertanggungjawab, tahu menjaga harga diri dan menjadi warganegara yang baik.
Untuk memberi layanan dan hak sama rata kepada semua pelajar.
Untuk membantu Guru Besar/Pengetua dan guruguru dalam menjaga keharmonian, ketenteraman dan kelicinan pentadbiran sekolah.
Untuk menentukan bahawa mereka yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka.