NAMA : SK BARU-BARU, TUARAN
KOD : XBA4309
ALAMAT : SEKOLAH KEBANGSAAN BARU-BARU, PETI SURAT 594, 89208 TUARAN, SABAH.
EMEL : skbaru2@gmail.com
PENTADBIR + GURU : 18 ORANG
AKP : 3 ORANG
MURID SK : 224 ORANG
MURID PRA : 25 ORANG
Sekolah Kebangsaan Baru-Baru bermula pada tahun 1985 dengan menumpang di Balai Raya Kg. Baru-Baru dan merupakan cawangan SK Penimbawan pada masa itu. Pada tahun 1986, SK Baru-Baru telah mendapat bangunan sendiri (Bangunan Kayu) yang dibina di tepi pantai.
Seterusnya seiring dengan arus pembangunan yang semakin bertambah pesat maka pada tahun 2002, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah membina dua blok bangunan konkrit dengan 8 buah bilik darjah/kelas dan 2 unit rumah guru. Bangunan baru itu mula digunakan pada tahun 2004 dan dirasmikan pada 31 Oktober 2011 oleh YB Datuk Haji Hajiji Bin Haji Noor, Menteri Kerajaan dan Perumahan Negeri Sabah.
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
“SEKOLAHKU GEMILANG”
SK. Baru-Baru
Sekolahku tercinta
Jadi kebanggaan
Nadi kecemerlangan
Pendidik berilmu
Berdedikasi, berakhlak mulia
Menjunjung falsafah pendidikan Negara
Nilai murni sentiasa hayati
Jadi amalan kami
Berdisiplin, rajin berusaha
Semangat jati diri
Sepakat membawa berkat
Satukan azam dan tekad
Laungkanlah semangat membara
Sekolahku gemilang
Laungkanlah semangat membara
Sekolahku gemilang
MAKA KAMI, murid SK Baru-Baru, Tuaran, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Buku dan Pena : Menunjukkan SKBBT sebagai persada ilmu dimana warganya berdisiplin, berwawasan dan berprestij serta berketrampilan menceburi pelbagai bidang.
Topi dan Scroll Sijil : Menunjukkan warga SKBBT akan belajar dan menuntut ilmu hingga ke menara gading serta berjaya dalam kehidupan.
Obor : Melambangkan semangat kesukanan dan semangat kejayaan dalam pelajaran. Ia juga simbol penerang kehidupan.
Stering Kapal : Lambang jati diri warga SKBBT serta hala tuju kejayaan untuk mencapai Visi dan Misi KPM serta sekolah.
Warna Kuning : Lambang setiap warga berpegang teguh kepada undang-undang Negara dan peraturan sekolah.
Warna Biru : Ikatan perpaduan yang harmoni, aman dan damai dan bersatu walaupun warganya berbilang kaum.
Warna Hitam : Lambang warganya mengamalkan nilai-nilai teguh serta ikhlas, efisien dan amanah dalam menunaikan janji dan tanggungjawab.
Warna Merah : Lambang ketabahan, kecekalan serta semangat juang yang tinggi setiap warga sekolah.
Berusaha : Melakukan sesuatu, berikhtiar dan berdaya saing bagi mencapai hasil yang cemerlang.
Berilmu : Memiliki dan mempunyai ilmu pengetahuan dan kepintaran.
Berbakti : Memberi taat setia kepada negara, nusa dan bangsa.