Oleh kerana itu, pihak pentadbiran sekolah dan komuniti setempat telah berperanan untuk menggarap perjalanan program yang lebih tertumpu kepada kemahiran dan penglibatan murid agar usaha ini mendatangkan hasil.
Selain itu, persediaan dari segi maklumat dan pengetahuan guru dan pemimpin amat membantu untuk menjayakan program ini. Segala bengkel, bimbingan dan jaringan antara sekolah yang diberikan sememangnya sangat membantu untuk mencorak perjalanan aktiviti, lebih-lebih lagi di dalam bilik darjah.
Dengan bantuan dari komuniti dan warga sekolah kami sedia menggembleng tenaga dan memerah keringat bagi memastikan kemenjadian generasi pada masa akan datang.
Cita-cita akan terlaksana apabila setiap individu memainkan peranan yang diberikan. Kami berusaha sedaya mungkin bagi memastikan murid-murid mendapat ilmu dan kemahiran agar mereka mampu menempa nama dan melakar sejarah di masa akan datang.