PROFIL SEKOLAH
Jadual Penggunaan Makmal Komputer 2025
PROFIL SEKOLAH
Kod Sekolah: ABA3002
Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN SERAI
Peringkat: RENDAH
PPD: PPD KRIAN
Alamat: LORONG SEKOLAH
Poskod Surat: 34300
Bandar: BAGAN SERAI
Negeri: PERAK
No. telefon: 057210423
No. faks: 057219352
Email: ABA3002@moe.edu.my
Bilangan Guru: 53 (pentadbir 5, guru 48)
Bilangan Guru Aliran Perdana: 31 (pentadbir 4)
Bilangan Guru Aliran Pendidikan Khas: 17 (pentadbir 1)
Bilangan Murid: 430
Bilangan Murid Aliran Perdana: 297
Bilangan Murid Aliran Pendidikan Khas: 76
Bilangan Murid Prasekolah Perdana: 50
Bilangan Murid Prasekolah Pendidikan Khas: 7
Kemaskini terakhir: 12Disember 2024
INFO KORPORAT
VISI MISI
Visi KPM:
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Visi JPN/PPD/Sekolah:
Pendidikan Berkualiti, Sekolah Unggul, Murid Holistik
Misi KPM:
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Misi JPN/PPD/Sekolah:
Penyampaian Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangun Sekolah Unggul bagi Menyediakan Murid Kalis Masa Hadapan
Matlamat
Melahirkan Bangsa Malaysia yang Taat Setia dan Bersatu Padu.
Melahirkan Insan yang Beriman, Berakhlak Mulia, Berilmu, Berketerampilan dan Sejahtera.
Menyediakan Sumber Tenaga Manusia untuk Keperluan Kemajuan Negara.
Memberi Peluang Pendidikan kepada Semua Warganegara Malaysia.
OBJEKTIF
Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dan Wawasan Sekolah, Objektif sekolah adalah :
Membina perkembangan pendidikan asas seperti yang termaktub dalam kurikulum untuk mencapai kecemerlangan akademik serta meningkatkan prestasi SKBS.
Membina semangat bertanggungjawab, bekerjasama dan melibatkan diri dalam komuniti sekolah.
Membina dan melahirkan insan yang berilmu, berdisiplin, beramal, amanah dan berwibawa.
Membina keyakinan diri, sifat kepimpinan dan bertoleransi.
Membina, memperkembangkan kebolehan dan kecekapan murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Menjadikan sekolah sebagai institusi yang bersatu, ceria dan penyayang.
SEJARAH
Seorang Penghulu Mukim Bagan Serai yang hartawan dikenali pada masa itu sebagai Penghulu Pandak adalah orang bertanggungjawab mengasaskan sekolah di Bagan Serai.
Penghulu Pandak adalah orang kaya yang memiliki banyak harta, selain memiliki harta yang banyak. Penghulu Pandak ada memiliki beberapa ekor gajah sebagai binatang peliharaannya.
Mengikut sejarah, sekolah asas yang didirikan oleh Penghulu Pandak terletak di Jalan Mahkamah sekarang dan tarikh ia mendirikan mendirikan bangunan sekolah asal itu ialah pada awal 1900.
Bangunan yang didirikan itu adalah daripada kayu nipah dan berdinding rumbia. Tiada sekatan yang boleh menjadikan bilik-bilik darjah seperti keadaan sekarang. Pada masa sekolah asal dibuka, keramaian murid hanya berjumlah 13 orang sahaja. Guru Besarnya yang pertama ialah Cikgu Sulaiman.
Dari semasa ke semasa murid bertambah. Pada tahun 1911, Kerajaan Inggeris yang memerintah mendirikan dua buah bangunan sekolah yang dinamakan Sekolah Melayu Bagan Serai.
Bangunan pertama didirikan di Jalan Mahkamah sebagai menggantikan bangunan asal yang tersebut di atas. Bangunan ini berukuran 30 x 100 kaki lantainya daripada papan, tiang batu, atap genting dan dinding papan. Bangunan ini khas untuk murid laki-laki sahaja.
Bangunan kedua terletak di Jalan Anderson (Matang Buluh) yang jaraknya lebih kurang setengah batu daripada bangunan pertama tadi. Dindingnya adalah daripada papan dan atapnya daripada genting.
Dari tarikh itu wujudlah dua sekolah berasingan di Bagan Serai ini dengan diberi nama mengikut nama tempat ialah Sekolah Melayu Laki-laki Bagan Serai dan yang sebuah lagi Sekolah Melayu Perempuan Bagan Serai.
Setelah tamat peperangan dunia kedua, perubahan tempat berlaku. Pada tahun 1948 Pemeriksa Kanan Sekolah-Sekolah Perak telah menyerahkan bangunan Sekolah Pertukangan Kayu Bagan Serai yang terletak di Lorong Sekolah menjadi Sekolah Melayu Laki-Laki Bagan Serai. Bangunan Lama yang terletak di Jalan Mahkamah itu dipinjamkan untuk dijadikan Sekolah Tamil Kerajaan Bagan Serai.
Sekolah Pertukangan Kayu yang saiznya 30 x 150 kaki agak selesa sedikit. Bangunan ini mengandungi empat bilik darjah lengkap dengan bilik air, setor pejabat. Disamping itu sebuah bangunan hospital lama yang berukuran 36 x 56 kaki, terletak di Jalan Raja Syed Tauphy diberikan juga sebagai sekolah cawangan.
Sungguhpun sekolah berasingan di antara murid lelaki dan perempuan telah wujud, tetapi bagi sekolah laki-laki tiada halangan menerima kemasukan murid perempuan. Akhirnya murid-murid disekolah perempuan itu merosot dan pada tahun lima puluhan sekolah ini dicantumkan dan diberi nama Sekolah Melayu Bagan Serai.
Murid bertambah pada tahun 1952 kerajaan telah mendirikan satu blok bangunan sementara sebagai tambahan berukuran 20 x 120 kaki. Bangunan ini mempunyai empat bilik darjah.
Pada tahun 1970 bangunan sekolah asal untuk murid perempuan di Jalan Matang Buluh terpaksa dirobohkan kerana terlalu uzur.
Pada tahun 1974 Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan satu projek dalam Rancangan Malaysia Kedua yang mengandungi 12 bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah bilik pejabat, sebuah setor, 15 unit tandas dan sebuah kantin. Kerja pembinaan bangunan ini telah dimulakan pada tahun 1975. Untuk menyesuaikan dengan tapak yang ada bangunan ini telah dibina tiga tingkat. Bangunan baru itu telah siap pembinaanya pada bulan Disember 1977 dengan perbelanjaan RM347,500.00 dan mula digunakan pada bulan Januari 1978.
Pembukaan rasmi bangunan baru telah dilakukan oleh YAB Datok Seri Haji Wan Mohamad bin Haji Wan Teh, Menteri Besar Perak pada 24.3.1979. Pada masa itu bilangan murid ialah 795 orang.
LOGO SEKOLAH
LOGO SEKOLAH
Huraian Logo
Kuning : Melambangkan agama sebagai landasan hidup supaya dapat melahirkan murid yang beriman, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera.
Biru : Melambangkan budaya sekolah yang cemerlang dalam semua aspek berlandaskan tatasusila hidup.
Merah : Melambangkan daya tahan tinggi yang perlu ada dalam menghadapi cabaran hidup.
Obor : Bermaksud api yang menyuluh dan menyinari alam persekolahan murid terhadap kegiatan dalam kurikulum dan kokurikulum di sekolah.
Perisai : Melambangkan tentang kefahaman diri daripada gejala yang tidak sihat.
Dua tangkai padi bersilang : Melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan
berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
LAGU SEKOLAH
LAGU SEKOLAH
SKBS TERCINTA
Ilmu penyuluh kehidupan
Lambang kebanggaan kita,
Menuju tekad bersama wawasan
Kami usaha hingga berjaya.
Guru panduan kami semua
Mendidik tak pernah jemu,
Ilmu diberi ku semat di dada
Jadi panduan di hari muka.
SKBS sekolah tercinta
Tempatku menimba ilmu,
Namamu disanjung dan dipuja
SKBS harum dan maju.
Jasamu jadi kebanggaan
Lahir insan yang berguna,
Menuju arah bersama wawasan
SKBS yang selalu ku bangga.
PELAN SEKOLAH
Pelan Kebakaran Sekolah. Kredit: Cikgu Taqiyudin dan Ustazah Izzah
BARISAN PENTADBIR
Puan Norlaila Binti AB Rahman
Bermula 16 Disember 2024
Penolong Kanan Pentadbiran
Pn Safinar binti Ismail
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En Mat Ali bin Mohamed
Penolong Kanan Kokurikulum
En Azharul Faiz bin Zainal Abidin
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Pn Narsiah binti Mohamed
GURU PENERAJU GENERASI DIGITAL (GPGD) / TEAM OBS
ANIDA BT TAIB
NAZIMAH BT SYED NAZAR HUSSEIN SHAH
JULIANA BT JUSOH
NURUL IZZAH BINTI A RAHMAN
KHATIJAH BT MASTAN
ABDUL MUHAMMAD MU’IZ BIN ABD HAMID
MOHAMAD TAQIYUDIN BIN ISMAIL
MUHAMMAD HANIF BIN ZULKIFLI
MUHAMMAD HAFIZ BIN KHAIRUDDIN
BARISAN GURU
AHMAD YAZID B YAHYA
ANITA BINTI ISMAIL
AZNATUL ZAIRA BT MOHD KASIM
AZRI BIN ARIFFIN
FAHIMALATOL JALILAH BINTI AZHAR
FAIDATUL AINI BT AHMAD SABRI
FASIHAH BT MAT YUSOP
FATIMAH BT AHMAD
HAZAM B MOHD SAID
JAMILAH BINTI MOHAMAD NOOR
KALARANI A/P KRISHNAMOORTHY
KHAIRUL ANWAR BIN NORDIN
LIJUN BT WAHDAN
MAIZATULAKMA BINTI ABDUL HALIM
MOHAMAD SAHROL B SULAIMAN
MOHD AMIN B SAAD
MUHAMMAD AFANDI MUHAMMAD RAZALI
MUSNIZA BINTI MOHAMAD
NOR ADILAH BT MOHAMAD JAPERI
NORMADIAH BT HUSSAIN
NORMASURI BINTI RAMLI
NURI BINTI JANAN ABEDIN
RODIAH BINTI MOHD NOOR
RUSLINA BINTI ASMUNI
SAHRUL FITRI B ABDUL SAMAD
SALINA BT ZAINAL ABIDIN
SITI ALIZA BT AHMAD
SITI SARAH BT YUSOFF
SUHAINI BT ARSHAD
SYAHRIL ANWAR MOHAMAD SHARIFF
SYAHRIL NIZAM B SHAMSUDDIN
WAN AHMAD NIZAM BIN WAN SHAH
ZAHIDAH BT MOKHTAR
ZURINA BT ISMAIL
BARISAN STAF AKP
ROHAYA BINTI ROSLAN
MAZLINA BINTI MURAD
NOORHANIZAN BT MOHD LOKMAN
NORHASLINDA BINTI HASHIM
NOR SYUADA BINTI MOHD ZAINI
NORZURAINI BINTI IBRAHIM
NOR LAILE BINTI HAMIR HASAN
NURUL ASYIKIN BINTI MD MARZUKI
RIMA AYU BINTI AHMAD JELANI
SITI NOREHAN BINTI SHAARI
NOOR AFIZAH BINTI SHADIRI
BERPINDAH KELUAR
NOR HAYATI BT RAMLI
HUZAIMAH BT HARUN
MAT TABRIZI B SHABUDIN
AHMAD ZAILANIE B OTHMAN
SURIYANA BT SAPUAN
SITI KHADIJAH BINTI MAT ESA
FARAH LIYANA BT MOHD FADHIL
BERSARA
Junaidi bin Yusuf
Bersara Pilihan pada 31 Mac 2024
Puan Zaridah binti Othman
Bersara Pilihan pada 1 November 2024
Puan M Rajeswary a/p Murugesu
Bersara Pilihan pada 31 Disember 2024
Mokhtar bin Ahmad
Bersara Wajib pada 10 Januari 2025
CARTA ORGANISASI
Carta Organisasi SK Bagan Serai