SK (2) Taman Keramat terletak di dalam pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. Sekolah ini berada di Taman Keramat dalam mukim Hulu Klang.
Kawasan Taman Keramat ditadbir oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya . Lokasi sekolah terletak bersebelahan dengan Sekolah 1 Taman Keramat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat (SMART).
Mempunyai enrolmen murid seramai 613 orang termasuk murid di aliran program Pemulihan Khas Intergrasi.
Terima kasih kita kepada guru semua
baik budi dan berjasa dikenang selama lama
Marilah tabur bakti kepada sekolah ini
di dalam rumah negara harapan nusa dan bangsa
Marilah marilah ,bersama bersama
berjanji dan berikrar
taat kepada ibu dan bapa
guru guru semua hidup maju berjaya
hidup maju berjaya
LENCANA SEKOLAH
Latar Belakang
Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat (SRK Taman Keramat) dibina pada tahun 1979. Pertambahan murid yang agak ramai sehingga mencecah 2000 orang murid menyebabkan PPD Gombak mewujudkan sekolah kedua yang berkongsi bangunan yang sama tetapi berlainan pentadbiran.
Sejarah Penubuhan SK 2 Taman Keramat
Pada januari 1988 , SRK Taman Keramat dibahagikan kepada dua termasuk dengan guru-gurunya yang dikenali sebagai SRK Taman Keramat dan SRK (2) Taman Keramat.
Dua buah sekolah ini beroperasi di bangunan yang sama namun berbeza pentadbiran dan lencana sekolah. Sesi persekolahan pagi dan petang dibuat secara bergilir.
Pada tahun 1993 hasil dari kutipan derma jogathon , SRK Taman Keramat telah berjaya membina sebuah balai Islam dan balai bacaan.
Nama Sekolah Rendah Kebangsaan telah diubah kepada Sekolah Kebangsaan mulai 1997 melalui satu pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia ketika itu.
Blok Bangunan Sendiri
Pada tahun 1999, Pejabat Pelajaran Daerah Gombak telah membahagikan blok dan kawasan sekolah kepada dua bahagian.
Selepas pembahagian antara dua bahagian sekolah , SK (2) ketika itu mempunyai 1 blok bangunan batu , 2 blok bangunan kayu , 2 blok bangunan kayu pasang siap , sebuah balai Islam , sebuah balai bacaan dan kantin.
Pada 11 Januari 2003 SK (2) Taman Keramat memperolehi sebuah blok bangunan baharu empat tingkat yang mempunyai 12 buah bilik darjah dan dua buah makmal komputer.
Pada tahun 2011, SK 2 Taman Keramat telah menerima sebuah blok bangunan batu 3 tingkat yang baharu bagi menggantikan blok bangunan papan yang telah uzur.
Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya bilik muzik,bilik J-qaf, pejabat guru yang lebih luas,makmal sains dan bilik kemahiran hidup.
Pada tahun 2020, sekolah telah menerima peruntukan membina sebuah dewan berbumbung di atas tapak dataran perhimpunan lama. Dewan ini telah mula digunakan sejak pembukaan sekolah julai 2020.