Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Halaman ini merupakan One-stop centre pengurusan PBD sekolah yang memberi akses kepada semua bahan atau dokumen yang berkaitan untuk melaksanakan PBD secara efektif dan sistematik. #pengurusancekapPBDmantap
DAPATKAN BAHAN PBD SEPERTI MAKLUMAT UMUM, TAKLIMAT, PELAKSANAAN DAN LAIN-LAIN YANG BERKAITAN. KLIK 'BAHAN PBD'.
Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai dan menunjukkan tahap penguasaan murid yang sebenar. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.