MEDIA SOSIAL SKS
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Silibin mula dibina pada tahun 1998 dengan keluasan 20200 meter persegi. Sekolah ini terletak di dalam kawasan perumahan Taman Silibin, iaitu kira-kira 8 km dari pusat Bandaraya Ipoh, Perak. Berdekatan sekolah ini terdapat juga kawasan industri ringan. Jarak sekolah dari Jabatan Pendidikan Perak (JPN ) ialah 5 km dan 8 km dari Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara ( PPD).
Sekolah ini terdiri daripada 3 blok 4 tingkat iaitu Blok A, blok B dan blok C. Di Blok A terdapat Pusat Sumber Sekolah, bilik media , bilik persalinan , stor sukan, tandas dan bilik darjah. Manakala di Blok B pula terdapat sebuah bilik komputer, bilik guru , stor , 2 buah makmal sains, bilik kesihatan, bilik muzik, bilik kemahiran hidup yang kini dikenali dengan bilik reka bentuk dan teknologi , surau dan bilik darjah. Di Blok C pula terdapat pejabat, bilik mesyuarat, bilik peperiksaan, dewan terbuka, tandas , bilik bimbingan dan kaunseling ,bilik SPBT, bilik darjah dan stor. Sekolah ini juga dilengkapi dengan sebuah kantin.
Pada awal pembukaan, sekolah ini telah diselia oleh seorang “Care taker ″ iaitu Encik Azizul Rahman bin Haji Suffian. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran sekolah ini. Penolong Kanan Hem yang pertama ialah Encik Selvaraju Benedict dan Penolong Kanan Kurikulum ialah Puan Hajah Hazizah binti Baharuddin. Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Jun 2002. Bilangan kelas yang dibuka ialah sebanyak 10 buah iaitu 2 buah kelas bagi setiap tahun iaitu Tahun 1 hingga Tahun 5. Sekolah ini merupakan persekolahan satu sesi. Pada akhir tahun 2002, bilangan murid telah meningkat kepada 369 orang manakala bilangan guru pula bertambah kepada 18 orang. Pada tahun 2003 , kelas Pra Sekolah telah dibuka dengan bilangan murid seramai 25 orang. Kini bilangan murid meningkat seramai 480 orang manakala bilangan guru ialah 46 orang.