Majlis Watikah Pelantikan Khalifah Muda diadakan pada setiap tahun bagi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Kokurikulum, Pembimbing Rakan Sebaya dan Ketua serta Penolong Kelas.
Tahun ini, Majlis Watikah Pelantikan diadakan pada:
Tarikh : 21 April 2025
Hari : Isnin
Tempat : Dewan SMK Putrajaya Presint 11(2)
Pegawai jemputan dan Pentadbir
Khalifah muda yang terdiri daripada Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Kokurikulum, Pembimbing Rakan Sebaya dan Ketua,Penolong Kelas.
Ikrar Khalifah muda yang diketuai oleh adik Amanda Eryna, Penolong Ketua Pengawas Sekolah
Nyanyian semangat yang dipersembahkan oleh para khalifah muda
Pameran bertema merupakan satu info bermaklumat yang boleh disampaikan melalui pelbagai media. Pameran ini dapat menyampaikan maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan topik-topik mengikut bulan atau tarikh-tarikh penting tertentu contohnya seperti perayaan di Malaysia atau sambutan Bulan Kemerdekaan.
Perayaan Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.
Pameran ini akan berlangsung selama sebulan sepanjang bulan Syawal di Pusat Sumber SK Putrajaya Presint 8(3). Diharap pameran ini dapat memupuk minat membaca di kalangan murid SK Putrajaya Presint 8 (3) dan mengekalkan minda yang positif, kreatif serta inovatif hasil daripada pengalaman pameran ini.
📣TAKLIMAT NILAM (AINS) IBU BAPA TAHUN 1"📖📚
Tarikh : 12 FEBRUARI 2025 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : DATARAN SETIA (SKPP 8(3)
Pusat Sumber Sekolah SK Putrajaya Presint 8(3) telah mengadakan taklimat NILAM dan AINS kepada ibu bapa murid tahun 1. Diharap dengan pendedahan NILAM dan AINS ini memberi kefahaman kepada ibu bapa tentang kepentingan NILAM kepada anak-anak.
#EighthreeMembaca
#PSSEightThree