Salam Muafakat Johor dan Salam Negaraku Malaysia, Laman sesawang Sekolah Kebangsaan Mutiara atau Mutiara Data Center (MDC) ini dibina sebagai mendepani cabaran dunia pendidikan dalam era abad ke-21 dimana maklumat sentiasa terkini dan dihujung jari serta mampu diakses dimana-mana jua. Abad yang begitu mencabar minda dan kewibawaan kita sebagai pendidik yang berdepan dengan generasi milinium dan platinium yang serba canggih cara dan corak pemikiran berorentasikan alaf baru dan moden. SK Mutiara sebuah sekolah yang sentiasa ke hadapan seiring kualiti merupakan fokus utama pentadbiran. Amalan kerja yang mementingkan kualiti adalah budaya kerja semua staff di sekolah di samping menyuburkan nilai murni ‘Membahagiakan, Saling Menghormati dan Disayangi’ merupakan nadi untuk mencapai hasrat murni sekolah.

 

    Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Mutiara telah merangka 8 bidang keberhasilan utama sebagai kerangka kerja dengan berfokuskan SKPMg2 sebagai panduan pengurusan sekolah. Semua warga sekolah harus berusaha sedaya upaya untuk menterjemahkan apa yang telah dirancang supaya  kerangka kerja ini dapat dihayati dan dilaksanakan bagi mencapai hala tuju yang telah dipersetujui bersama.

 

    Besarlah harapan saya agar warga SK Mutiara bertekad dan berazam untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah yang telah disusun di dalam pelan taktikal secara optimum untuk melaksanakan 8 bidang keberhasilan utama melalui pelan operasi yang  bertujuan memberikan impak positif dalam menjelmakan Sekolah Berkualiti dan Kemenjadian Murid. Kemenjadian Holistik Murid akan dijadikan sebagai indikator untuk melihat keberhasilan dan kemenjadian murid.

 

    Akhir kata, marilah kita bersama memperkasa PPPM ( Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ) untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Mutiara sebagai Sekolah Berkualiti dan membentuk Kemenjadian Murid yang merangkumi semua  pengetahuan, kemahiran, norma nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu  perkembangan murid sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkat nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Kemampuan ini akan dibangunkan dengan pengekalan keteraturan pengurusan dan ilmu didik yang berkualitinya dan tinggi nilainya sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

Sekian, terima kasih.