Guru-guru & staf sokongan yang dihormati,
Selamat bersua kembali di tahun 2024. Kita sekarang berada pada permulaan Gelombang 3, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2021-2025) yang menuntut warga guru menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mana antara lain memerlukan kita meningkatkan inovasi untuk melonjakkan penguasaan kemahiran dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab secara berterusan dengan melaksanakan program peningkatan kualiti dan inovasi ICT murid secara optimum.
Justeru itu, kita perlu memupuk budaya kecemerlangan professional, keteladanan rakan setugas, iaitu guru dan murid sekolah saling membimbing, berkongsi amalan terbaik dan memastikan rakan setugas mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi standard professional.
Sehubungan dengan itu, pada tahun ini, saya memperkenalkan s-MGS iaitu slogan yang bermaksud “MURABBI BERKUALITI, GENERAI BERDEDIKASI, SEKOLAH BERPRESTASI”. Semoga dengan ikatan slogan dan harapan ini akan memberi impak yang berkesan terhadap pelaksanaan transformasi sistem pendidikan terhadap murid, guru, pemimpin, sekolah dan ibubapa.
Akhir kalam, saya berdoa agar semua warga SKMS diberi kekuatan secara total untuk memikul dan merealisasikan tugas sebagai khalifah di muka bumi Allah, khususnya di sekolah ini. Aamiin
Sekian,terima kasih.
PN NORAINI BINTI TUNGOL
Guru Besar,
SK Merbau Sempak