SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN JENERI
Persekolahan di Jeneri bermula pada tahun 1937 apabila sebuah bangunan sementara didirikan oleh penduduk tempatan di mana segala urusan perbelanjaan dan pengambilan guru diuruskan sendiri oeh mereka. Seramai tiga orang guru telah diambil bertugas. Mereka ialah Encik Abdul Latif Bin Salleh selaku guru besar manakala Encik Ahmad Bin Abdullah dan Encik Baharom Bin Salleh selaku guru agama.
Sekolah ini telah ditutup selama enam tahun pada tahun 1941 hingga 1947 kerana berlaku peperangan iaitu Perang Dunia Ke-2. Pada akhir tahun 1947, sekolah inik telah dibuka semula dengan diketuai oleh Encik Nordin Bin Ismail sebagai guru besar dan di bantu oleh Encik Shukur Bin Abdullah dan Encik Ahmad Bin Jusoh sebagai guru agama. Namun, sekolah ini sekali lagi terpaksa ditutup kerana menghadapi masalah dalaman.
Setelah lebih kurang tiga tahun di tutup, sekolah ini telah dibuka semula dengan menggunakan bahagian bawah Masjid Jeneri sebagai bilik darjah. Pada 1 Februari 1952, sebidang tanah yang luasnya 8 relong 318 jemba telah diberi oleh kerajaan Negeri Kedah untuk dijadikan tapak sekolah iaitu tapak sekolah sekarang.
Bangujnan berukuran 53' X 30' didirikan di atas taapak tanah tersebut bagi menempatkan seramai 83 0rang murid yang sedang belajar di bilik darjah sementara di bawah Masjid Jeneri. Sekolah Rakyat Jeneri mula beroperasi dengan dua orang tenaga pengajar iaitu Encik Ayob Bin Awang (Guru Besar) dan Encik Shariff Bin Said. Gaji tenaga pengajar ini dibayar oleh lembaga sekolah yang diketuai oleh Tok Penghulu Mukim Jeneri iaitu Encik Awang Bin Itam.
Pada 1 Ogos 1953, sekolah ini diterima sebagai sekolah separuh bantuan yang mana gaji guru dibayar bersama kerajaan dan nama sekolah tersebut ditukar kepada Sekolah Umum Jeneri. Pada tahun 1956, sebuah bangunan kayu mengandungi 6 buah bilik darjah telah didirikan.
Antara individu yang banyak berjasa dalam penubuhan sekolah ini ialah bekas Penghulu Mukim Jeneri, Encik Awang Bin Itam, Tuan Haji Ahmad Bin Abas dan Tuan Lebai Ahmad Bin Hanafiah.
Pada tahun 1961, sekolah ini telah dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan dan Encik Ibrahim Bin Ismail telah dilantik sebagai Guru Besar. Pada tahun itu juga, sebuah bangunan sekolah yang mengandungi 4 bilik darjah dan di beri nama Blok Cekal telah didirikan. Pada tahun 1973, sebuah bangunan dua tingkat telah dibina. mengandungi 6 buah bilik darjah dan dinamakan Blok Aktif. Turut dibina ialah sebuah kantin, tempat letak basikal dan rumah pam untuk mengepam air telaga.
Pada tahun 1981, sebuah lagi bangunan dua tingkat diberi nama Blok Bijak yang mengandungi 6 buah bilik darjah, pusat sumber dan bilik setor telah dibina bagi menggantikan bangunan yang didirikanbagi menggantikan bagunan yang telah dibina pada tahun 1956. Rumah Guru Besar telah dibina pada tahun 1961 manakala 3 unit rumah kelas 'G' telah dibina pada tahun 1973 dan 3 unit lagi pada tahun 1990.
Sebuah makmal komputer telah dibina pada tahun 2002. Pada bulan Mac 2003, sebuah bangunan 4 tingkat (Blok Erat) dan sebuah bangunan 3 tingkat (Blok Fasih) mula digunakan. Blok Erat mengandungi 6 bilik darjah, pejabat, bilik mensyuarat, bilik guru besar, bilik sumber, bilik sains, setor sukan dan dewan. Blok Fasih mula menagndungi 6 bilik darjah, bilik kemahiran hidup dan bilik SPBT.
Kini Sekolah Kebangsaan Jeneri mempunyai 24 buah kelas aliran perdana, 3 buah kelas Pra-Sekolah dan 2 buah kelas Pendidikan Khas dengan jumlah murid seramai 729 orang. Murid-murid ini dididik oleh seramai 58 orang guru dengan dibantu oleh 9 orang kakitangan sokongan. Kini, Sekolah Kebangsaan Jeneri diketuai oleh Cikgu Noor Ahmad Bin Noordin sebagai guru besar .
LENCANA SEKOLAH
MAKSUD LOGO
PERISAI : KUKUH
OBOR : ILMU PENGETAHUAN
BUKU : SUMBER ILMU PENGETAHUAN
3 GELANG: PERHUBUNGAN GURU, IBU BAPA DAN MURID
WARNA KUNING KEEMASAN : KEMEWAHAN DAN KEJAYAAN YANG TINGGI DALAM DIRI PELAJAR