Unit Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta keterampilan mereka. Atas dasar inilah, matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada akhlak serta disiplin, kebajikan dan keselamatan murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada bangsa, agama dan negara.
Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah dan komitmen murid-muridnya.
Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh unit HEM untuk memastikan matlamat sekolah tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru, ibu bapa, murid dan komuniti mampu merealisasikan wawasan sekolah.
MATLAMAT PROGRAM UNIT HAL EHWAL MURID
Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima serta menyuburkan potensi kepimpinan.
OBJEKTIF
Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid.
Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah.
Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan.
LINK PENGISIAN HEM