LAMAN UTAMA
SK Bandar Temerloh (Integrasi)
Sekolah Kluster Kecemerlangan
Sekolah Kluster Kecemerlangan
Â
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia dan keizinan-Nya, dapat saya mengutus sepatah dua kata dalam ruangan ini.
Sekalung ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak sekolah, terutamanya barisan jawatankuasa laman web SK Bandar Temerloh atas kerjasama dan komitmen bagi menghidupkan semula laman ini dengan memuatkan kandungan dan informasi-informasi yang menarik dan bermanfaat. Portal ini merupakan manifestasi bahawa pihak sekolah sentiasa komited dalam menguruskan dunia pendidikan seiring zaman globalisasi dan maklumat hujung jari yang semakin rancak berkembang selaras agenda utama Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035.
Akhir kata, saya menaruh harapan yang tinggi agar portal ini mampu dimanfaatkan oleh warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat dan pihak-pihak berkepentingan, sebagai medium komunikasi yang pantas dan berkesan dalam menyebar luas maklumat. Semoga kita mampu untuk melangkah bersama-sama bagi merealisasikan aspirasi dan hasrat sekolah ke arah SEBATI Number One.
PN HAJAH NOR LAILAH BINTI SAMAD
Guru Besar SK Bandar Temerloh (Integ)
#SEBATI Number One#
Bilangan Pelawat