Montaj SK Bandar Seri Putra
Hubungi Kami
Nama dan alamat sekolah :
Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra,
Jalan Seri Putra 3,
Bandar Seri Putra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
No Telefon : 03-8925 9717
Emel : bba4058@btpnsel.edu.my
Laman facebook : SK Bandar Seri Putra
Latar Belakang
SK Bandar Seri Putra terletak di kawasan perumahan Bandar Seri Putra. Sekolah ini berkeluasan 5.87 ekar. Kod sekolah ialah BBA4058. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah bandar dan bergred "B". Moto sekolah ialah "Berusaha, Berilmu, Berbakti".
Sesi persekolahan sekolah ini terbahagi kepada dua iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi melibatkan murid prasekolah, murid pendidikan khas, murid tahun 4, tahun 5 dan murid tahun 6 manakala sesi petang pula melibatkan murid tahun 1, tahun 2 dan murid tahun 3.
Setakat ini iaitu pada tahun 2021, bilangan guru di sekolah ini adalah seramai 145 orang dan bilangan murid adalah seramai 2714 orang. Setakat ini juga murid sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum. Antaranya, kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain.