SEKOLAH KEBANGSAAN BALIMBANG, SEMPORNA
Usaha Teras Kejayaan : Guru Berintegriti, Murid Berkualiti
OFFICIAL FACEBOOK SK BALIMBANG
SEKOLAH KEBANGSAAN BALIMBANG, SEMPORNA
Usaha Teras Kejayaan : Guru Berintegriti, Murid Berkualiti
Selamat Datang ke Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Balimbang, Semporna
Sekolah Kebangsaan Balimbang atau nama ringkasnya SK Balimbang, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Peti Surat 137, Semporna. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1962. Ia terletak di sebuah pulau besar yang dinamakan Pulau Bum-Bum berhadapan dengan Pekan Semporna dan dipisahkan oleh selat kecil kira-kira 1 km atau 5 hingga 7 minit jika menaiki bot penumpang. Dulunya sekolah ini dikenali sebagai Native Voluntary School (NVS) di bawah kelolaan pihak Inggeris dan kemudian ditukarkan kepada Government Primary School (GPS) juga di bawah kawalan pihak Inggeris.
Sekolah asal yang ditubuhkan dalam tahun 1962 ini, terletak kira-kira 1.5 km dari pangkalan jeti Kampung Balimbang atau berjalan kaki lebih kurang 30 minit untuk sampai ke sekolah melalui jalan kampung atau belukar. Dahulunya, ia mempunyai kemudahan sebuah bangunan kayu dan berdindingkan atap nipah sahaja dan sebuah pondok sebagai sebuah rumah guru.
Sebahagian dari sekolah ini pernah musnah akibat ribut. Pada tahun 1982, sebuah sekolah baru dibina bagi menggantikan sekolah lama di atas tapak seluas 4.27 ekar yang diserahkan oleh Ot Tuan Hj. Abu Bakar kepada kerajaan pusat bagi tujuan tersebut. Kemudian sekolah ini dinamakan mengikut nama kampung tersebut. Kini sekolah ini merupakan salah satu dari 50 buah sekolah di Semporna.