SK AMPANG PECAH
Sehati Menggapai Asprasi
SEHATI MENGGAPAI ASPIRASI
SK AMPANG PECAH
Sehati Menggapai Asprasi
SK Ampang Pecah telah mula dibina pada 15 Mei 1995 dan siap sepenuhnya pada 26 Mac 1997, di atas kawasan seluas 8 ekar. Mula beroperasi 1 Mei 1997. Terletak lebih kurang 4 km dari pekan Kuala Kubu Bharu. Berhampiran dengan Darul Quran, Institut Kemahitan Belia Negara (IKBN), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Kem Bina Semangat. Terdiri daripada tiga buah blok bangunan tiga tingkat, yang mempunyai 15 buah kelas, termasuk Pra Sekolah dan Pendidikan Khas, sebuah bangunan makmal komputer serta beberapa buah bilik khas dan sebuah kantin. Pada peringkat awalnya seramai 4 orang guru telah ditempatkan di sekolah ini. Mulai Mei dan Jun 1997 seramai 13 orang guru lagi, dan seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah, dua orang Pekerja Rendah Am dan seorang jaga telah ditugaskan di sekolah ini. Jumlah murid telah bertambah mulai 9 Jun 1997 seramai 240 orang murid yang datang dari tiga buah sekolah di sekitar Kuala Kubu Bharu iaitu dari SK.Kuala Kubu Bharu, SRK (1) Kuala Kubu Bharu dan SRK (2) Kuala Kubu Bharu.
Kini, pada 2 Januari 2024 bilangan staf guru yang mengajar di sekolah ini ialah seramai 46 orang yang terdiri daripada 13 orang guru lelaki dan 33 orang guru perempuan. Jumlah staf bukan guru pula seramai 9 orang yang terdiri daripada 2 staf lelaki dan 7 staf perempuan. Sehingga kini jumlah murid di sekolah ini ialah seramai 547 orang.
TAMAN BAHASA INGGERIS
TAMAN HERBA PRA SEKOLAH
TAMAN PPKI
KOLAM IKAN SKAP
LAMAN NUR KASIH
KANTIN SEKOLAH
GELANGGANG FUTSAL
KLIK pada peta di bawah 👇 untuk ke lokasi SK Ampang Pecah