SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG RASMI SK ABANG LEMAN, KABONG, SARAWAK.
Sekolah Kebangsaan Abang Leman merupakan sebuah sekolah luar bandar yang terletak di daerah Kabong, dan berada dalam bahagian Betong, Sarawak. Ia merupakan sekolah asrama harian Gred A dengan kod pendaftaran YBA2208. Sekolah ini berada dalam pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Saratok.
Enrolmen guru di sekolah ini adalah seramai 59 orang yang terdiri daripada guru perdana, guru pra sekolah dan guru PPKI. Manakala enrolmen murid pula adalah 673 orang iaitu terdiri daripada 596 orang murid perdana, 55 orang murid prasekolah dan 22 orang murid PPKI.
SK Abang Leman kini diterajui oleh Encik Majenin Bin Jahar sebagai Guru Besar dan dibantu oleh tiga orang Guru Penolong Kanan iaitu Puan Rosnani Binti Bujang (Penolong Kanan Pentadbiran), Tuan Haji Izzateri Bin Puji (Penolong Kanan HEM) dan Encik Yusuf Bin Sanyut (Penolong Kanan Kokurikulum).
Kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti merupakan bidang utama sebagai matlamat serta keberhasilan sekolah ini. Dalam akademik, pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) murid-murid sentiasa diberi penekanan agar mampu melahirkan murid yang cemerlang.
Seterusnya, bidang kokurikulum juga turut diberi perhatian iaitu untuk melahirkan murid-murid yang mampu bersaing hingga ke peringkat negeri dan kebangsaan. Akhir sekali, pembentukan sahsiah dalam kalangan murid-murid selari dengan misi sekolah iaitu melahirkan murid yang berakhlak mulia juga turut menjadi perhatian utama para guru dan pentadbir melalui pelbagai aktiviti dan program yang dilaksanakan.
Bangunan SKAL (2024)
Bangunan Lama SKAL
VOICE OUT !