Duta sahsiah merupakan rakan pendamping yang dapat membimbing, membantu, mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam pelakuan yang menyalahi undang-undang dan tidak bermoral.
Selain itu, mereka juga merupakan individu yang dilantik untuk mempromosikan dan mempraktikkan nilai-nilai dan perilaku positif dalam institusi pendidikan.
Duta tersebut akan berperanan melalui pelaksanaan aktiviti pembangunan sahsiah, kurikulum dan kokurikulum di institusi pendidikan yang akan membantu murid lain memahami, menghayati dan belajar daripada pengalaman mereka dan menerokai potensi diri (experiential learning).