தேசிய வகை வாகீசர் தமிழ்ப்பள்ளி
தேசிய வகை வாகீசர் தமிழ்ப்பள்ளி
SJKT VAGEESAR
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Vageesar bertempat di Kuala Selangor, Selangor. Sekolah ini wujud dari sebuah rumah di Pekan Kuala Selangor dengan jumlah murid seramai 15 orang pada tahun 1936 dan dari tahun 1938 hingga 1953 telah menumpang di sebuah kedai dengan jumlah murid seramai 25 orang.Pegawai Daerah pada masa itu (1954), Encik D.A.Bori yang menyedari betapa pentingnya sebuah bangunan sekolah pada masa itu telah berusaha mendirikan bangunan di tapak Dewan SM Sultan Abdul Aziz. Jumlah murid pada ketika itu seramai 120 orang. Bilangan murid telah bertambah menjadi 160 orang pada tahun 1960.
Kerja-kerja pembinaan bangunan ini telah bermula pada awal tahun 1962 dan siap pada18hb Mac 1963. Sehingga kerja-kerja tersebut siap, bangunan sekolah ini telah menumpang di Kuil Sri Subramaniam, Batu 2, Kuala Selangor.
Pada tahun 1970, jumlah murid telah meningkat kepada 180 orang dengan tenaga pengajar seramai 8 orang. Pada tahun 1980, jumlah murid ialah 236 orang dengan 10 orang guru. Seterusnya pada 1986, bilangan murid telah bertambah kepada 290 orang dan bilangan guru seramai 16 orang. Pada 16 Mac 1986, sekolah ini telah mendapat seorang kerani. Sekolah ini juga mempunyai seorang pelayan pejabat, dua orang tukang kebun dan seorang jaga.
Di dalam bidang Kurikulum, sekolah ini telah dipilih sebagai sekolah perintis KBSR pada tahun 1982. Pada tahun 1981, sekolah ini telah dipilih Pusat Media Daerah. Pada tahun 1987, SJKT Vageesar telah menjadi Pusat Sumber Pendidikan Kawasan 28. Pada awal tahun 1986, Sekolah Vageesar, Sekolah kebangsaan Tanjong Keramat dan SJK (C) Aik Tee telah dipilih menyertai Rancangan Integrasi murid-murid untuk (RIMUP).Sekolah juga menjadi perintis bagi Program 3M bagi Tahun 4 pada tahun 2007. Pada tahun 2009 sekolah ini telah menjadi sekolah rintis bagi Kurikulm Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 1 bagi semula matapelajaran.
Sekolah juga telah muncul juara dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh PPD Kuala Selangor seperti keceriaan sekolah, kesihatan sekolah, kebun dan juga pertandingan Bahasa. Sekolah juga pernah menjadi Johan Projek Khas dan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan kebersihan peringkat negeri dan kebangsaan dari tahun 2009 hingga 2011.
Bangunan 4 Tingkat telah dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2010 untuk menampung jumlah murid yang semakin meningkat. Bangunan Prasekolah telah dibina pada 2009 dan mula beroperasi pada Tahun 2010.
Sekolah telah dipilih sebagai Sekolah Bestari Luar Bandar pada 2009 dan telah memperoleh Taraf 5 Bintang pada Tahun 2010. Sekolah ini juga telah dipilih sebagai salah satu sekolah Bestari Luar Bandar yang terbaik di negeri Selangor. Sekolah ini juga merupakan Sekolah Transformasi 2025.Sekolah ini mendapat bantuan dan nasihat dari Wakil Rakyat, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah, Persatuan Ibubapa dan Guru-guru, Jabatan-jabatan kerajaan serta orang-orang perseorangan untuk memajukan lagi sekolah ini.
Lima Nilai sekolah(5S) yang dipraktikan adalah Salam, Sapa, suka tolong, Semangat Tinggi dan Senyum. Kelima lima nilai ini ditekankan di kalangan murid untuk meningkatkan mutu sahsiah murid.Matlamat Sekolah adalah berusaha melahirkan insan yang berketerampilan dari aspek akademik, sahsiah dan kokurikulum, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Objektif Sekolah adalah memastikan semua murid menguasai 4M pada akhirsetiap tahap. Pentaksiran Bilik Darjah mencapai 87% . Seramai
90% murid menguasai kemahiran ICT pada akhir Tahap 2.Kes disiplin dan Salah laku menurun ke 0% menjelang akhir Tahun 2021.Meningkatkan penyertaan dalam aktiviti Kokurikulum pada Tahun 2021.Memberi perkhidmatan yang terbaik dalam semua urusan pentadbiran sekolah.
LOKASI SEKOLAH
304
MURID
14
KELAS
27
GURU
4
STAFF