PENGENALAN
FEEL FREE TO VISIT OUR FACEBOOK
PENGENALAN
Selamat Sejahtera.
Selamat Tahun Baru 2025 dan selamat kembali bertugas.
Matlamat bagi mencapai visi sekolah iaitu Menjadikan SJK(T) SLIM RIVER Transformasi Sekolah (TS25) Kohort 6 contoh sekolah di negeri Perak menjelang tahun 2025 adalah menjadi tanggungjawab semua warga sekolah. Untuk merealisasikan matlamat ini slogan sekolah telah di selaraskan seperti berikut ”DARE TO BE DIFFERENT”
Justeru, satu etika kerja yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga SJK(T) SLIM RIVER mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Etika kerja ialah panduan tingkahlaku yang menjadi pegangan setiap warga SJK(T) SLIM RIVER berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia.
Kita haruslah menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamalkan bagi mempertingkatkan kualiti kerja. Disamping itu meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi juga penting serta memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada organisasi dan pelanggan.
Ketika melaksanakan pekerjaan ianya haruslah dengan niat yang betul seperti yang dituntut oleh agama. Sentiasalah memperbaharui niat untuk kebaikan. Melakukan tugas dengan sempurna merupakan tanggungjawab semua ke arah mencapai hasil yang berkualiti disamping memperbaiki imej organisasi. Perlakuan yang baik melalui penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa akan memberikan kepuasan kepada pelanggan.
Setiap warga SJK(T) SLIM RIVER hendaklah menjadi penggerak ke arah kebaikan. Justeru, seluruh warga SJK(T) SLIM RIVER hendaklah menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikkan. Begitu juga dengan berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang boleh menjadi inspirasi kepada rakan sejawat dan anak-anak didik. Sentiasalah berusaha menjadi pekerja yang terbaik.
Saya mengharapkan agar semua warga SJK(T) SLIM RIVER juga sentiasa berdisiplin dan beradab. Aktiviti yang berperaturan, mulia, berdisiplin dan beradab adalah penting ke arah melahirkan insan yang cemerlang. Justeru, setiap warga SJK(T) SLIM RIVER hendaklah sentiasa menjaga adab sopan, mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan.
Akhir kata, saya mengharapkan marilah kita bekerja bersama-sama dan bertekad serta berusaha mempertingkatkan kualiti peribadi dan profesion. Mudah-mudahan setiap kerja yang dilaksanakan mendapat keredaan Tuhan dan diterima sebagai ibadat.
GALERI
PENGUMUMAN
APLIKASI DIGITAL
KALENDAR