SJK(T) LADANG MARY
தேசிய வகை மேரி தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி
தேசிய வகை மேரி தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி
PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
SJKT Ladang Mary mempunyai beberapa fasa perkembangannya sejajar dengan sejarah Negara. Sekolah yang mempunyai sejarah selama 74 tahun ini adalah sukar untuk di kompilkan memandangkan tiada usaha seumpama itu dilakukan sebelumnya. Namun demikian , dengan kerjasama beberapa orang bekas guru yang masih hidup, beberapa fakta sejarah dapat dikumpulkan.
Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1936 , di Ladang Mary iaitu lebih kurang 21 Kilometer dari pekan Batang Berjuntai. Dulu sekolah ini dikenali sebagai “ Tamil School Minyak Estate “. Pada masa itu , sekolah ini beroperasi dengan 35 orang murid dan dua orang guru. Pertambahan bilangan murid pada permulaan 1960 menyebabkan kekurangan bilik darjah. Maka , murid tahun 5 dan 6 pergi ke SRJK (T) Ladang Sungai Tinggi untuk menuntut ilmu.
Masalah ini dapat diatasi dengan bantuan PIBG pada tahun 1984. Pada tahun tersebut pihak PIBG telah mendirikan sebuah bangunan papan sementara. Dalam bangunan papan sementara tersebut mempunyai 4 bilik darjah.
Banyak usaha-usaha yang telah dilakukan untuk membina bangunan baru. Pada tahun 1989 pihak ladang meluluskan tapak baru untuk sekolah yang berluas18 ,000 kaki. Dengan batuan modal sebanyak RM 45000 dari YB Tuan Haji Yusof Hassan ( ADUN Kawasan Sungai Tinggi) pada masa itu. Bangunan sekolah baru yang mempunyai 4 bilik darjah , 4 bilik tandas , pejabat , bilik guru besar , bilik guru dan bilik stor dapat dibina dengan sempurna. Bekalan elektrik ke semua bilik disiapkan dengan peruntukan yang diberi oleh YB Dato Dr. Haji Abu Hassan Bin Haji Omar ( Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal pengguna pada masa itu. Beliau merasmikan sekolah ini pada tahun 1990. Pn.Sarasvathy A/P Sengalvarayan telah menjadi guru besar mulai pada tahun 2009 hingga 16 oktober 2014. Mulai 2 Januari 2015 En.Johnson A/L A.Mathalamuthu telah mengambil alih sebagai guru besar yang baru. En. Johnosn telah berpindah ke SJKT Glenmarie pada 28.4.2016. Dan Puan Guru Besar M. Tamilselvi telah dilantik sebagai guru besar dan beliau sedang amanahkan tanggungjawab sebagai PGB.
Perkembangan Fizikal Sekolah
Pada tahun 1998 sebuah bangunan tambahan dibina. ( 2 bilik darjah , Pusat sumber sekolah ) 2 buah tandas guru juga dibina.