டோவன்பி தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி | தமிழ்ப்பள்ளியே நமது தேர்வு!
SEJARAH SEKOLAH
1931 | Penubuhan Kelas Tamil dengan 25 pelajar di bawah kepimpinan Encik Subramaniar di pentas sandiwara ladang
1934 | Pembinaan bangunan sekolah baru oleh pengurus ladang Encik Robert
1934 - 1935 | Encik Ramanathan Ayyar menjadi guru besar
1936 - 1937 | Encik Jesuthas mengambil alih sebagai guru besar
1938 - 1939 | Encik Jecob menjadi guru besar
1940 - 1944 | Encik Sinnappan menjadi guru besar
1946 - 1947 | Sekolah dibuka semula dengan Encik Sinnappan sebagai guru besar
1948 - 1960 | Encik S. Mallan menjadi guru besar
1959 | Integrasi Sekolah Tamil Ladang Plang, Sungai Siput (U) dengan sekolah ini
1960 | Perluasan bangunan sekolah dengan menambah 12 kaki
1961 - 1972 | Encik N. Sebastian menjadi guru besar
1973 - 1989 | Encik K. Loganathan menjadi guru besar
1975 | Bekas guru besar, En.K. Loganathan PJK, pihak ladang, MIC bahagian Dovenby dan PIBG berusaha untuk membina bangunan sekolah baru berhampiran rumah-rumah kediaman Kampung Ramasamy
1977 | Pembinaan bilik darjah tambahan diusahakan oleh Tuan S. Ramasamy, K.M.N, pengurus estet
1989 | En. S. Superamaniam menjadi guru besar. Peruntukan khas (RM 160 000) diperoleh oleh YB Dato Seri S. Samy Vellu untuk projek bangunan sekolah baru di bawah kelolaan JKR
1990 | Upacara pemecahan tanah bagi bangunan sekolah baru. Pembinaan terbengkalai disebabkan oleh masalah dari pihak kontraktor
1992 | Penyelesaian bangunan sekolah baru; perpindahan murid dan aktiviti ke premis baru
1993 | Sumbangan perabot, komputer, dan TV oleh YB. Dato’ K.R. Somasundaram untuk meningkatkan kualiti pengajaran
1994 | Pembinaan pagar, bilik stor, dan bilik Kemahiran Hidup; peruntukan dari YB. Dato Seri S. Samy Vellu. Perbelanjaan disumbangkan oleh NLFCS (RM 45 000). Peruntukan dari Kementerian Pendidikan untuk pembelian perabot. (RM 14700). YB. Dato Seri S. Samy Vellu mendapatkan peruntukkan RM 5000 untuk pembinaan tadika
1997 - 2003 | Encik K. Subramaniam menjadi guru besar. Perubahan berlaku dari segi perubahan fizikal bilik darjah. Beliau mementingkan keceriaan bilik darjah. Mengutamakan suasana pembelajaran bilik darjah yang kondusif
2003 | Puan V. Krishanavani menjadi ketua jabatan wanita pertama. Keputusan UPSR telah menunjukkan peningkatan setiap tahun.
2011 | Puan M. Kogilavani menjadi ketua jabatan
2016 | Pembaikan bumbung sekolah; perpindahan sementara aktiviti sekolah ke Dewan Tun Sambanthan
2017 | Encik S.Veeramuthu mula berkhidmat. Arena Karpaga Cholai telah dibina bersebelahan dengan bilik guru. membina stor untuk penyimpanan alat-alat permainan dan alat-alat sukan
2019 | Encik S. Veeramuthu bersara. Puan V. Rajambal mengambil alih jawatan ketua jabatan. Nama sekolah mula dikenali di seluruh Negara dan juga di luar Negara contohnya China.
LAGU SEKOLAH
பள்ளிப் பாடல்
வாழ்க டோவன்பி பள்ளி என்றும் வாழ்க! வாழ்கவே!
வானுலகம் போற்றும் வண்ணம் வாழ்க! வாழ்கவே!
கணக்கெழுத்து அறிவெல்லாம் பெற்று வாழ்கவே!
கண்ணித் தமிழ் என்றும் ஓங்க வாழ்க! வாழ்கவே!
எங்கள் தமிழ் இனிய தமிழ் என்று சொல்லுவோம்!
என்றூம் அதைப் பாரினிலே ஓங்கச் செய்யுவோம்!
அன்னைமொழியாம் தமிழ் அறிவைப் பெருகச் செய்யுவோம்!
அனுதினமும் முயன்று கற்று வாழ்வில் ஓங்குவோம்!
தேடிச் செல்லும் கல்வி எங்கே கொண்டு செல்லுவோம்!
தேவையான வெற்றிக்குத் தோலை உயர்ந்த்துவோம்!
வாழ்க டோவன்பி பள்ளி என்றும் வாழ்க! வாழ்கவே!
வானுலகம் போற்றும் வண்ணம் வாழ்க! வாழ்கவே!
வாழ்க! வாழ்கவே!
Hubungi Kami
______________________________
'Usaha Asas Kejayaan'
'Menzahirkan Pelajar Yang Berwawasan’
______________________________