校长的话 Message from the Headmaster

      利民济新民华小自创校以来,已经超过90年,校友遍布世界各地,人才济济,涵盖各阶层。自1930年创校以来,新民华小一直坚守育人不倦,有教无类的理念。我相信学生各有所长,他们都有自己的潜能,只要发挥创意思维,态度正确,将来成就必定非凡。

      我们深知教育是一项艰巨的事业,时代的巨轮不停地向前迈进。在迈入全球化时代,新民华小立志发展成为一所优秀的小学,以21世纪教学为主导。本校于2019年被教育局遴选为“转型学校”(TS25),我们期望培育出来的学生,能具备21世纪的要求、有创新能力,能提出有建设性的批判,对社会有责任感,能够担当21世纪公民的角色,为国家发展作出一番贡献。

      办学校要成功,除了要有一班有团队精神的教师外,也需要一群满腔热忱的董事及家协理事的从旁协助,承先启后,再加上社会各界及校友的支持也是至关重要。过去数十年,新民华小获得大众捐献的善款一直以学生福利为主,现在开始也关注教育素质的发展,希望凝聚大家的力量,为新民华小提供最优质的教学及环境,成就21世纪的愿景。

      在此,我谨代表校方向一路来给予协助的热心人士致以万二分谢意。有您们的鼎力支持,新民华小的愿景定可实现。


利民济新民华小

黄志东校长

2021年1月18日

Salam sejahtera dan salam transformasi. Sama-samalah kita memanjat kesyukuran dan kegembiraan atas kejayaan mewujudkan Google Site SJKC Sin Min Gemencheh, N.S. Dengan mengambil kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak kerana telah berusaha bersungguh-sungguh memberi sokongan bagi menjayakan Laman Web sekolah ini. 

SJKC Sin Min Gemencheh telah ditubuhkan selama 90 tahun. Ramai murid yang berbakat dan berjaya telah dilahirkan sejak tahun 1930. Mereka ini telah banyak  menyumbangkan jasa kepada masyarakat dan negara kita.

Untuk makluman, SJKC Sin Min Gemencheh telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Sekolah Transformasi (TS25) Kohort 4 pada tahun 2019. Justeru itu, sekolah akan berusaha untuk meningkatkan  kualiti sekolah. Sekolah akan lebih berfokus kepada 4 bidang iaitu, pemimpin  berkesan, guru berkualiti, persekitaran pembelajaran bermakna dan sokongan PIBG serta komuniti bagi tujuan menghasilkan  kemenjadian murid dan sekolah berkualiti menjelang tahun 2025. 

Kami sedar bahawa pendidikan adalah usaha yang berterusan, bagi mencapai hasrat pendidikan yang berkualiti, guru-guru perlu melaksanakan PdP PAK21 yang berkesan dan  mengamalkan budaya kerja sepasukan  demi mencapai  kecemerlangan dan kegemilangan bersama. 

Akhir kata, saya amat komited dan berkeyakinan bahawa SJKC Sin Min Gemencheh mampu mentransformasi, menjana dan melonjak kegemilangan sekolah ini ke tahap yang terbilang menjelang  tahun 2025.

Sekian, terima kasih.


WONG CHEE THONG

Guru Besar, 

SJKC Sin Min Gemencheh

18.1.2021